• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Lahad Datu: Hukuman Mati 9 Warga Filipina Kekal

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhi ke atas sembilan warga Filipina kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong berikutan pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.

Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif yang mempengerusikan panel lima hakim memutuskan bahawa hukuman mati adalah hukuman yang paling sesuai berdasarkan dapatan fakta-fakta kes.

“Kami berpendapat bahawa sabitan terhadap mereka adalah selamat,” kata beliau.

Panel dengan sebulat suara menolak rayuan akhir yang dikemukakan oleh sembilan lelaki terbabit dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 8 Jun tahun lalu yang mengekalkan sabitan ke atas mereka dan menjatuhi hukuman mati.

Hakim-hakim lain yang bersidang ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Ma’arop; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan dua orang hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Azahar Mohamed.

Kesembilan mereka ialah Datu Amirbahar Hushin Kiram, 54, anak kepada Jamalul Kiram yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, Julham Rashid, 70, Virgilio Nemar Patulada @ Mohammad Alam Patulada, 53, Salib Akhmad Emali, 65, Tani Lahad Dahi, 64, Basad H. Manuel, 42, Atik Hussin Abu Bakar, 46, Al-Wazir Osman, 62, dan Ismail Yasin, 77.

Sementara itu, Hakim Raus juga mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan dan melepaskan 14 tertuduh lain atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan kesalahan-kesalahan berkaitan pengganas berhubung pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo antara 12 Februari dan 10 April, 2013.

Mereka ialah Masir Aidin, 23, Anwar Salib Akhmad, 34, Binhar Salib Akhmad, 32, Abdul Hadi Mawan, 53, (warga Filipina memegang kad pengenalan Malaysia), Rijmal Salleh, 24, Abdul Majil Jubin, 46, (rakyat Filipina pemegang kad pengenalan Malaysia) Rizman Gulan, 24, Basil Samiul, 38, Totoh Hismullah, 60, (rakyat Filipina yang memegang kad pengenalan Malaysia) Saidili Jaharul, 56, Kadir Uyung, 31, Lating Tiong, 21, Dani Ismail, 61, dan Salib Akhmad Emali (bagi kesalahan-kesalahan berkaitan pengganas).

Ketika menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan membebaskan mereka, Hakim Raus berkata mahkamah mendapati bahawa keputusan untuk membebaskan mereka adalah berdasarkan dapatan secara serentak fakta-fakta oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan tidak ada sebab untuk Mahkamah Persekutuan memutuskan sebaliknya.

Panel menyampaikan keputusan selepas mendengar penghujahan sebelumnya selama kira-kira tiga jam daripada peguambela Datuk N. Sivananthan dan timbalan pendakwa raya Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mengetuai pihak pendakwaan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Tonton Konsert ‘Winds of Glory’, Puji Kerjasama SPWinds Bersama Amir Masdi

Anwar Tonton Konsert ‘Winds of Glory’, Puji Kerjasama SPWinds Bersama Amir Masdi

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kejayaan kumpulan orkestra Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) meraih...

GEMPAR!!! – Trump Terselamat Cubaan Membunuh Di White House

GEMPAR!!! – Trump Terselamat Cubaan Membunuh Di White House

26/04/2026
0

Oleh Mynewshub  WASHINGTON – Suasana di acara White House Correspondents Dinner  bertukar cemas malam ini apabila beberapa bunyi tembakan kedengaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd