• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Lahad Datu: Keputusan Rayuan Petang Ini

oleh AK-47
15/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusannya bagi rayuan akhir oleh sembilan rakyat Filipina yang dihukum mati kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam kes Pencerobohan Lahad Datu pada 2013.

Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif, yang mempengerusikan panel lima anggota, berkata mahkamah akan menyampaikan keputusannya pada 3 petang ini.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Ma’arop, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Azahar Mohamed.

Terdahulu, mereka mendengar penghujahan oleh peguam bela Datuk N. Sivananthan dan pihak pendakwa, yang diketuai timbalan pendakwa raya Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Sembilan perayu terbabit ialah Datu Amirbahar Hushin Kiram, 54, anak kepada lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram, Julham Rashid, 70, Virgilio Nemar Patulada @ Mohammad Alam Patulada, 53, Salib Akhmad Emali, 64, Tani Lahad Dahi, 64, Basad H. Manuel, 42, Atik Hussin Abu Bakar, 46, Al-Wazir Osman, 62, danIsmail Yasin, 77.

Pihak pendakwa juga merayu terhadap pembebasan 14 yang lain daripada tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan kesalahan berkaitan pengganas, yang mempunyai hubungan dengan pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo antara 12 Feb dan 10 April 2013.

Mereka ialah Masir Aidin, Anwar Salib Akhmad, Binhar Salib Akhmad, Abdul Hadi Mawan (rakyat Malaysia), Rijmal Salleh, Abdul Majil Jubin, Rizman Gulan, Basil Samiul, Totoh Hismullah, Saidili Jaharul, Kadir Uyung, Lating Tiong and Dani Ismail danSalib Akhmad Emali (bagi kesalahan berkaitan pengganas).

Pendengaran rayuan itu dijalankan di bawah kawalan ketat keselamatan. Anggota media ditempatkan di Kamar 2 Mahkamah Persekutuan mulai 8.30 pagi bagi membuat liputan tentang prosiding yang berlangsung di Kamar 1 Mahkamah Persekutuan, melalui siaran langsung. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Turkiye Bagi Lawatan Khas

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Turkiye Bagi Lawatan Khas

23/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Turkiye bagi mengadakan lawatan khas melibatkan...

‘Claim’ Upin & Ipin Dari Indonesia: YouTuber, Wakil Muzium Tampil Mohon Maaf

‘Claim’ Upin & Ipin Dari Indonesia: YouTuber, Wakil Muzium Tampil Mohon Maaf

23/05/2026
0

SHAH ALAM – YouTuber Indonesia dikenali sebagai Frans Sanjaya bersama seorang wakil muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd