• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Wakil Rakyat Digalak Periksa Kesihatan

oleh Ahmad Albab
15/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Semua calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) digalakkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan walaupun sehingga kini masih belum ada arahan khusus daripada Perdana Menteri untuk berbuat demikian, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata terpulang kepada calon itu sendiri untuk membuat pilihan sama ada mereka perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum bertanding kerana tugas sebagai wakil rakyat bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

“Saya nasihatkan agar calon yang mempunyai masalah kesihatan lebih baik tampil memaklumkan kepada perdana menteri menolak tawaran menjadi calon atas faktor kesihatan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata ini adalah untuk mengelak daripada gagal melakukan tugas sebagai wakil rakyat sehingga akhirnya membebankan rakyat.

Beliau mengulas mengenai pendirian Ketua Menteri Melak Datuk Seri Idris Haron mewajibkan semua calon BN di negeri ini menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menjadi calon pada PRU14.

Dr Subramaniam dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan sebelum itu membuat lawatan rasmi ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rumbia, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata masyarakat India perlu faham bahawa semua isu yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu di akhbar berbahasa Tamil hanyalah bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan sahaja.

“Mereka hanya menjadi ‘wira’ di dada akhbar sebaliknya isu tersebut diselesaikan oleh pemimpin yang bertanggungjawab (pemimpin BN) yang sentiasa bertungkus lumus membantu rakyat dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Kamalanathan berkata program Dual-Language Programme (DLP) subjek Sains dan Matematik adalah merupakan pilihan Ibu bapa dan tiada paksaan daripada Kementerian Pendidikan.

“Kami beri peluang kepada ibu bapa yang ingin anak mereka mengambil program DLP dan pada masa yang sama menghormati keputusan ibu bapa yang menolak program tersebut,” katanya.

Kamalanathan berkata tidak wujub aspek paksaan dalam program tersebut kerana ia hanya dapat dilakukan sekiranya sekolah terbabit menepati beberapa kriteria tertentu antaranya mendapat persetujuan sekurang-kurangan daripada 15 ibu bapa, sekolah mempunyai guru yang mampu melaksanakan program itu dan sekolah mempunyai bilik darjah yang mencukupi bagi menjalankan program DLP. – BERNAMA

Tags: kesihatanwakil rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi...

Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP

Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis mencadangkan supaya penternakan babi dibina di kawasan yang diwakili...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd