• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbadanan Labuan Kurangkan Kerenah Birokrasi

oleh AK-47
12/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Perbadanan Labuan (PL) komited untuk mengurangkan kerenah birokrasi dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai, kata Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Beliau berkata langkah pembaharuan secara praktikal akan membantu mengurangkan peraturan pentadbiran bersifat mengelirukan dan bertindih, yang melambatkan serta tidak menggalakkan pelaburan baharu bagi perniagaan, pembinaan infrastruktur dan usaha mewujudkan pekerjaan.

Sehubungan itu, kata Rozman, yang juga pengerusi PL, kajian semula mungkin perlu dilakukan terhadap sistem dan dasar sedia ada bagi memudahkan sesuatu permohonan dan mengelak sesuatu urusan daripada tertunggak.

“Sebagai pihak berkuasa tempatan, kami memerlukan pelaburan bagi pembangunan infrastruktur serta komersial baharu dan ini memerlukan keputusan berkaitan perancangan dibuat dengan lebih cepat dan baik bagi membolehkan kita membantu merancakkan lagi ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan seperti yang kami harapkan,” katanya selepas majlis Perhimpunan Bulanan PL di sini hari ini.

Beliau berkata oleh kerana projek peniagaan dan komersial penting bagi mewujudkan pertumbuhan dan kemakmuran serta merancakkan ekonomi pulau ini, maka kerenah birokrasi perlu dikurangkan.

“Kelewatan dalam membuat perancangan tidak akan membantu sesiapa. Ia hanya mewujudkan ketidakpastian untuk penduduk dan firma tempatan, di samping boleh menyekat terus pelaburan. Dengan menyelaras proses perancangan bagi menjadikannya lebih cepat dan mudah, kami akan dapat memastikan pembangunan mampan dapat dilaksanakan tanpa kelewatan.

“Kami tidak ingin melihat sesuatu masalah atau isu tergantung begitu sahaja, tanpa sebarang penyelesaian sewajarnya,” kata beliau.

Pada perhimpunan itu, Rozman menggesa warga PL supaya terus mematuhi etika dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

“Kita bertanggungjawab memberi perkhidmatan berkualiti kepada orang ramai dan sentiasa bersikap positif,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd