• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru 4 Suspek Utama Kes Tetak Peniaga Kosmetik

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis sedang memburu empat lelaki warga asing yang dikenal pasti sebagai suspek utama dalam kes seorang peniaga kosmetik maut selepas ditetak sekumpulan lelaki di tapak pasar malam Seksyen 25 di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata berdasarkan siasatan polis motif pembunuhan adalah atas faktor peribadi namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mereka juga pernah bergaduh dan memukul mangsa sekitar Mei tahun lepas,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini polis menahan 10 orang termasuk dua wanita, berumur 24 hingga 34 tahun bagi membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua mereka yang ditahan di sekitar bandar raya ini direman sehingga Isnin ini.

Dalam kejadian 9 malam Sabtu lepas, mangsa yang juga rakyat tempatan, Mohd Nor Syazrin Rasdi, 29, mati di tempat kejadian dengan beberapa kesan kecederaan setelah ditetak kumpulan lelaki bersenjatakan pisau. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

15/10/2026
0

JELEBU - Lembaga Adat Luak Jelebu mempertikaikan kesahihan proses pemilihan, pelantikan dan istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu ke-17 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd