• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengapa PAS Pacak Bendera Besar Di Gombak?

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekumpulan ahli PAS Gombak bertindak memacak dan mengibarkan bendera besar parti itu di Bukit Barod, Sungai Chinchin pada Sabtu lalu.

Laman Facebook rasmi PAS berkata, misi memasang bendera itu dilakukan oleh ahli PAS Cawangan Sungai Chinchin bersama-sama wakil Pemuda PAS Gombak.

“Mereka telah berjaya menaikkan panji dan bendera PAS di Bukit Barod, Sungai Chinchin, Gombak.

“Moga syiar ini akan terus teguh dan tersebar dijulang di Gombak khususnya,” kata laman Facebook berkenaan yang turut memuat naik video bendera berkenaan.

Ramai pihak melihat tindakan PAS itu sebagai satu peringatan kepada Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ia peringatan kepada Menteri Besar Selangor itu bahawa kawasan Gombak akan dikuasai PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

PAS sebelum ini mengumumkan akan bertanding di 40 kawasan Parlimen dalam PRU14 tanpa mempedulikan amaran Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PKR serta Parti Amanah Negara (PAN) memberi amaran kepada PAS supaya tidak bertanding di kawasan ditandingi mereka.

Hujah Pakatan Harapan bahawa PAS sama sekali tidak mampu menewaskan gabungan parti pembangkang tersebut yang disokong oleh seluruh rakyat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd