• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesaka Bimbang Pengadilan Sukan Asia Tak Telus

oleh AK-47
10/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) melahirkan kebimbangan berhubung sistem pengadilan sukan itu pada Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos ini.

Pengurus Besar Pesaka Datuk Osman Nok berharap mutu pengadilan di Sukan Asia nanti dijalankan dengan penuh ketelusan dan tidak berat sebelah.

“Kita sebenarnya bimbang tetapi dari segi ini. Pesaka akan berurusan sendiri dengan Persekutuan Silat Antarabangsa di Jakarta untuk membolehkan mutu pengadilan diuruskan dengan lebih baik, berkesan dan telus.

“Semasa kita menjadi tuan rumah Sukan SEA tahun lepas, kita melihat sistem atau pun mutu pengadilan kita amat baik, dan kita harapkan situasi sama di Jakarta nanti,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.

Beliau berkata Setiausaha Agung Pesaka Datuk Megat Zulkarnain Omardin berada di Jakarta tiga hari lalu bagi membincangkan isu terbabit dan berharap mesyuarat itu berjaya mencapai objektifnya.

Bagi menghadapi Sukan Asia Ogos ini, Pesaka menyenaraikan 22 atlet yang akan bertanding dalam 16 kategori.

“Kita menyenaraikan atlet silat berkelayakan. Kebanyakannya pesilat yang berjaya mendapat pingat emas dan perak di Sukan SEA 2017.

“Antara nama yang kita senaraikan pemenang empat kali pingat emas Sukan SEA, Mohd Al-Jufferi Jamari, Razak Ghazali, Muhammad Faizul Nasir dan Siti Rahmah Mohamed Nasir,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

10/07/2026
0

RAMALAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin Pakatan Harapan (PH) akan menang sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN Johor tidak sepatutnya dijadikan...

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegur penyanyi rap dan aktivis, Caprice berhubung soalan agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd