• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17 Kumpulan Ajaran Sesat Muncul Tahun Lepas

oleh AK-47
10/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 17 kumpulan ajaran sesat dan menyeleweng dikenal pasti telah muncul di negara ini pada tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata di negeri Selangor pula, laporan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menunjukkan sebanyak 19 daripada keseluruhan 39 kumpulan yang direkodkan masih lagi bergiat aktif.

Bagaimanapun, katanya hasil usaha komited dan konsisten daripada Jais dan agensi yang berkaitan, sebanyak 246 tangkapan berhubung ajaran sesat telah dijalankan tahun lepas, meningkat berbanding hanya 31 tangkapan pada 2016.

“Inilah gambaran kesungguhan kerajaan dengan kerjasama agensi yang berkaitan bagi memastikan usaha memartabatkan institusi Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam amalan Islam di Malaysia.

“Kita serius menangani ancaman ajaran sesat,” katanya semasa berucap pada Multaqa Dakwah dan Pemikiran Islam, Majlis Perundingan Islam (MPI), di sini hari ini.

Turut hadir pada multaqa itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Pada multaqa itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi MPI, turut mengumumkan pelantikan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Ketua Kluster Ekonomi MPI yang baharu, menggantikan Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang meninggal dunia pada Oktober tahun lepas.

Sementara itu, Ahmad Zahid menyarankan agar peranan ulama’ dan umarak (pemimpin) terus diperkasakan terutama dalam berhadapan ancaman terhadap pemikiran umat Islam yang hadir dalam pelbagai bentuk.

Katanya antara serangan tersebut adalah dalam bentuk meragukan ajaran-ajaran Islam yang telah thabit (berlandaskan hadis sahih) melalui fahaman relativisme, pentafsiran semula nas-nas agama dan menggalakkan ijtihad-ijtihad (penyelidikan) baharu.

“Serangan terhadap pemikiran umat Islam juga datang melalui tindakan sesetengah pihak mengangkat sisi praktikal sosiologi melalui fahaman pluralisme, hubungan rentas agama serta aktiviti-aktiviti yang meraikan hak-hak golongan yang dikatakan didiskriminasi seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT),” katanya.

Pada multaqa kali keempat yang dihadiri 600 peserta itu, Ahmad Zahid turut menerima resolusi daripada Kluster Dakwah dan Kluster Pemikiran Islam MPI.

Beliau berkata resolusi tersebut yang antara lain menyentuh mengenai cabaran pemikiran umat Islam, tidak seharusnya hanya tinggal di atas kertas, tetapi harus dilaksanakan dengan penuh iltizam bukan sahaja oleh kerajaan, malah oleh ulama’ dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiKumpulan Ajaran Sesat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Selain GISBH, Lebih 40 Kumpulan Ajaran Sesat Di Selangor Dalam Penguatkuasaan, Pemantauan – Pengerusi MAIS

Selain GISBH, Lebih 40 Kumpulan Ajaran Sesat Di Selangor Dalam Penguatkuasaan, Pemantauan – Pengerusi MAIS

19/10/2024
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendedahkan terdapat lebih 40 kumpulan ajaran sesat di negeri ini sedang dalam pemerhatian,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd