• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sepinggan Nasi Kandar RM38.90? Biar Betul?

oleh AK-47
07/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu harga luar biasa makanan di Restoran Nasi Kandar Kayu nampaknya masih tidak berkesudahan berikutan pendedahan terbaharu melibatkan cawangan restoran itu, kali ini di ibu negara.

Berdasarkan rekod dalam resit bertarikh 4 Januari, restoran itu di cawangan kafeteria kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, telah mengenakan caj melampau bagi sepinggan nasi kandar.

Menurut pemilik resit berkenaan, dia telah dikenakan caj sebanyak RM38.90 untuk satu jenis hidangan lauk iaitu daging kari kambing, nasi bersama air suam.

Susulan dari pendedahan resit berkenaan, netizen tampil mendedahkan restoran terbabit memang terkenal dengan harga yang agak tidak munasabah.

“Dengan harga macam itu, saya boleh dapat lamb chop dekat restoran mahal. Harga dia tak masuk akal langsung,” kata Anis Arzila.

“Kalau ye pun jangan la melampau sangat harga macam tu, ni bru btul kedai mamak sekarag ni harga makan pun melambung, entah bersih ke tak tempat makanan tu,” tulis Zainuddin Jali

Bagaimanapun, terdapat segelintir yang mengatakan harga terbabit adalah munasabah berikutan bahagian daging kambing itu dilihat agak besar dan sememangnya mahal.

“Itu lamb shank kawan-kawan, memang mahal. Kat IKEA RM39.90 lamb shank saja tak ada nasi…kat mamak siap ada nasi harga tu ok lah…jangan terus kecam, memang harganya mahal, sekor kambing ada empat je bahagian tu…hadam sendri la nilainya,” tulis Ray Qurl.

“Nasi kandar memang mahal, dengan daging kaming yang besar macam tu kalau awak nak makanan murah then awak boleh masak sendiri kat rumah,” kata Muzaffar Akmal. –MYNEWSHUB.CC

Tags: mahalmamak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

Ramai Pemilik 4×4 Mahu Lepaskan Kenderaan?

Ramai Pemilik 4×4 Mahu Lepaskan Kenderaan?

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Kenaikan mendadak harga diesel didakwa memberi kesan besar kepada pemilik kenderaan pacuan empat roda (4x4) apabila ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd