• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bandar Kasut Ipoh Akan Dibangun Dengan Dana PFIA

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Bekas tapak lombong seluas 10.8 hektar, terletak di Kawasan Perindustrian Ringan Pengkalan, di sini, akan dibangunkan sebagai pusat industri pembuatan kasut terkemuka negara dalam tempoh lapan tahun, dengan dikenali Bandar Kasut Ipoh.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata projek yang menggunakan​​​​​​​ dana​​​​​​​lebih RM100 juta daripada Persatuan Industri Kasut Perak (PFIA) itu dilihat mampu merancakkan lagi industri pembuatan kasut selain mengembalikan zaman kegemilangan Perak sebagai negeri pengeluar kasut terbesar negara.

“Perancangan jangka panjang kerajaan negeri bersama PFIA adalah​​​​​​​ mewujudkan bandar yang berasaskan pengeluaran kasut memandangkan Perak pernah menjadi pengeluar kasut terbesar negara. Industri pembuatan kasut di Perak hari ini menjangkau 104 tahun.

“Dengan pengalaman yang begitu panjang dan kepakaran yang baik, saya harap ia akan menjadi satu lagi produk terkenal bukan sahaja di Perak malah Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek Dewan Konvensyen Bandar Kasut Ipoh di sini, hari ini.

Beliau berkata, Bandar Kasut Ipoh itu akan menghimpunkan ratusan pembuat kasut tempatan di sebuah lokasi yang lebih terancang berbanding ketika ini mereka masing-masing mengusahakannya di rumah.

Sementara itu, Pengerusi PFIA, Lee Min Choy berkata projek tersebut juga​​​​​​​ melibatkan pembinaan 128 kilang, 18 buah kedai, hotel serta dewan konvensyen.

“Dewan konvensyen tersebut akan dilengkapi dengan dewan pameran kasut, muzium kasut, kedai borong dan akademi kasut yang merupakan satu-satunya pusat akademi kasut dalam negara.

“Apabila projek ini siap kelak, saya yakin ia akan menarik perhatian dunia dan seterusnya menarik pembeli dan pelabur asing sekali gus dapat menyumbang kepada sektor perlancongan,” katanya.

Lee berkata, ketika ini terdapat lebih 200 pembuat kasut berlesen untuk membuat kasut jenama tempatan serta jenama terkemuka dunia yang bertapak di sekitar kawasan Menglembu dan Bukit Merah di sini.

“Nilai jualan oleh industri ini telah mencecah RM60 juta setahun dan kita harap apabila wujudnya Bandar Kasut Ipoh ini, pembuat kasut dapat ditransformasikan daripada industri desa kepada perusahaan kecil dan sederhana,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ipohkasut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd