• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: “Hello? Himpit Apanya? Kak Ana Call Polis!”

oleh
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULAR di media sosial sebuah video memaparkan pemandu kereta Honda City dipercayai bengang mendakwa dihimpit oleh pemandu Perodua Myvi dalam satu kejadian di Lebuhraya ELITE.

Berdasarkan kepada video berdurasi kurang tiga minit itu menyaksikan pemandu Honda City tersebut keluar daripada kenderaan dan ‘menyerang’ pemilik Myvi berkenaan.

Menurut perbualan yang dirakam video itu, pemandu Honda City itu mendakwa kereta terlibat telah menghimpit nya namun dakwaan itu dinafikan oleh pemilik myvi terbabit.

“Hello! Himpit apanya?! Kak Ana call polis, Kak Ana!” ujar kawan kepada pemilik Myvi tersebut.

Tidak puas hati dengan tindakan pemandu terbabit, pemandu Honda City itu kemudian mengundurkan kenderaan dipercayai berniat mahu melanggar pemilik Myvi tersebut.

Dalam pada itu, pengguna lain yang pada masa sama menggunakan laluan tersebut mengakui terkejut dengan insiden berkenaan dan segera membunyikan hon kuat.

Pemandu Myvi tersebut bagaimanapun berjaya ‘menyelamatkan diri’ daripada pemandu Honda City dan meneruskan perjalanan ke destinasi yang hendak dituju.

Namun, insiden tidak hanya terhenti di situ sebaliknya pemandu Honda City itu dilihat mengejar dan halang Myvi tersebut sehingga mengakibatkan berlaku pelanggaran sebelum memecut meninggalkan tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian berkenaan telah menyebabkan berlaku pelanggaran antara pemilik Myvi terbabit dan kereta yang berada di belakangnya ekoran tidak sempat menekan brek.

Meskipun video itu kini menjadi tular dan mendapat perhatian ramai, netizen diminta agar berhenti menjadi ‘malaikat’ penghukum kerana punca sebenar insiden ini masih belum dikenal pasti. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: lebuh raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd