• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Bersama MCA-Gerakan Hadapi PRU-14

oleh
07/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADU… Perhimpunan MCA-Gerakan Teguh Bersama dihadiri kira-kira 3,000 ahli kedua-dua parti itu menjadi pemangkin kepada pengukuhan solidariti komponen Barisan Nasional (BN) tersebut.

Acara yang julung kali diadakan dan bertempat di Wisma MCA di ibu negara pada Sabtu membuktikan bahawa dua parti berkenaan kini bersiap siaga terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tidak lama lagi.

Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, masa sudah tiba untuk dua parti itu meletakkan kewujudan perbezaan selama ini ke tepi dan berusaha bersungguh-sungguh menyatukan sokongan komuniti Cina terhadap BN.

Beliau tidak menafikan kadang kala wujudnya perbezaan dalam kalangan pelbagai personaliti, namun percaya apa dilakukan hari ini ialah untuk kebaikan selain memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Apa yang sudah lepas itu, biarkan lepas dan kita perlu fokus kepada usaha demi menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan ‘Satu Hati’,” kata Siew Keong ketika menyampaikan ucaptama pada perhimpunan tersebut.

Turut hadir ialah Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan kepemimpinan tertinggi dua parti itu. Untuk rekod, Gerakan ditubuhkan oleh bekas pemimpin MCA, Tun Dr. Lim Chong Eu pada 1968 asalnya sebagai pembangkang.

Dalam pada itu, Tiong Lai menyifatkan perhimpunan pada hari sebagai bersejarah dan amat signifikan kepada kedua-dua parti tersebut sejak tertubuhnya BN pada 1975 mengantikan Perikatan susulan tragedi berdarah 1969.

Beliau juga teruja dengan keazaman dua parti tersebut untuk menzahirkan solidariti melalui perhimpunan pada hari ini memandangkan majoriti ahli mereka adalah kaum Cina dengan pelbagai latar belakang agama dan budaya.

“Di bawah kepemimpin Siew Keong, Gerakan telah menunjukkan semangat juang sangat tinggi dan komrad MCA akan melakukan yang terbaik dalam mengukuhkan solidariti. MCA, Gerakan, teguh bersama!” jelas beliau lagi.

Kedua-dua parti BN berkenaan dijangka menghadapi lawan dari DAP dan PKR pada PRU ke-14 terutama di kerusi kawasan bandar dengan komposisi ramai masyarakat bukan Melayu atau bercampur. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Liow Tiong LaiMah Siew KeongMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd