• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Tingkatkan Sumbangan Produk Bukan Bahan Api

oleh AK-47
05/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Petronas mahu meningkatkan sumbangan segmen bukan bahan api kepada perniagaan hiliran tahun ini, seiring dengan fokus kebanyakan syarikat minyak dan gas di seluruh dunia, kata Naib Presiden Pemasaran Hiliran Petronas Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir.

Sumbangan segmen bukan bahan api kepada perniagaan hiliran syarikat itu sekarang berada pada 10 peratus.

“Di mana-mana sahaja di dunia, dalam peruncitan hiliran, orang sudah melakukan perkara ini (meningkatkan sumbangan produk bukan bahan api) seperti Shell, Esso dan BP. Kami cuba untuk belajar dan ada pengalaman yang kami dapat di Malaysia, menunjukkan kejayaan yang baik.

“Berdasarkan dengan pengalaman kami, kami mahu meningkatkan sumbangan bukan bahan api dan kami akan melakukannya dengan bijak. Ia memerlukan sedikit masa tetapi kami sudah menyediakan rancangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Petronas Dagangan Bhd bagi kempen promosi terbaharunya.

Syed Zainal Abidin ketika bercakap mengenai prospek pasaran hiliran pada tahun ini, memberitahu pasaran diramalkan akan terus berdaya saing disebabkan permintaan akan terus lemah selepas lebih ramai orang beralih ke arah pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan.

“Tahun lepas, apabila MRT diperkenalkan, orang lebih cenderung untuk meninggalkan kereta mereka di pinggir bandar dan menaiki kereta api ke bandar, ini mengurangkan perjalanan jarak jauh secara keseluruhan. Sekali gus, memberi kesan kepada industri minyak dan gas khususnya dalam sektor jualan runcit dan kami percaya trend ini akan diteruskan pada tahun ini.

“Kereta pada masa sekarang juga sudah semakin efisien seperti kenderaan elektrik dan kenderaan cekap tenaga, ini membawa kepada penggunaan bahan api yang lebih rendah bagi jarak perjalanan yang sama,” katanya.

Sebagai sebuah syarikat, Syed Zainal Abidin berkata Petronas sedang melihat kepada program pemasaran dan pengiklanan yang berbeza bagi memastikan permintaan dapat dikekalkan.

Sementara itu, Nur Firdaus Seet Abdullah dan Muhammad Fauzan Mohamad Sallehhan berjaya menggondol hadiah utama sebanyak RM5,000 tunai dalam kempen tersebut manakala Aneei Jumarry Mohd Yusof memenangi bekalan kasut selama setahun daripada Zalora.

Mereka adalah antara lapan pemenang yang telah diraikan dalam majlis penyampaian hadiah kempen promosi “The Only Game Where Everybody Wins”. – BERNAMA

Tags: petronas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd