• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TN50 Lebih Dinamik Berbanding Wawasan 2020

oleh AK-47
04/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – UMNO Perak yakin Transformasi Nasional 2050 (TN50) mempunyai matlamat lebih dinamik selain bersifat terbuka berbanding Wawasan 2020 yang hanya menjaga kepentingan kroni dan golongan tertentu.

Ketua Penerangannya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata TN50 lebih terarah kepada pengumpulan idea daripada rakyat merentasi pelbagai kaum dan sebahagiannya akan diperincikan untuk dilaksanakan.

“Pendekatan ‘bottom up’ ini sudah pasti melahirkan idea akar umbi untuk dilaksanakan. Adakah idea-idea rakyat jelata ini nak dikatakan sebagai ciplakan Wawasan 2020 sebagaimana tuduhan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad?

“Malahan dalam beberapa segi, kejayaan yang telah dicapai oleh negara sejak 10 tahun lepas jauh merentasi Wawasan 2020 Dr Mahathir pada 1991,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan menuduh kononnya konsep TN50 tiada penambahbaikan selain hanya diciplak daripada Wawasan 2020 yang diasaskan oleh beliau.

Menurut Mohd Khusairi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Perak, konsep Wawasan 2020 hampir sama dengan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana tidak ada percambahan idea dalam kalangan pemikir di peringkat atasan.

“Konsep Wawasan 2020 adalah menyuapkan idea pihak atasan untuk dilaksanakan sehingga ke peringkat rakyat marhain atau ‘top down’.

“Wawasan 2020 tidak punya perincian spesifikasi arah tujunya, lebih merupakan kenyataan umum yang sekadar memperkukuhkan semangat pencapaian Rukun Negara dan DEB.

“Hanya Dr Mahathir faham matlamat di sebalik konsep Wawasan 2020, satu wawasan ciplak yang hanya sedap dan muluk dari segi bahasa, tetapi lompong dari segi perincian dan kabur bagaimana ia mahu dilaksanakan,” katanya yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Slim.

Mohd Khusairi turut menarik perhatian apabila berkata selepas beberapa tahun Wawasan 2020 dilaksanakan iaitu pada 1991, jurang antara yang kaya dan miskin semakin melebar dan rakyat terus berhadapan dengan ancaman kemelesetan ekonomi. – BERNAMA

Tags: TN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TN50 Buatkan Anak Muda Rasa Lebih Dihargai

06/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mengangkat suara serta aspirasi anak muda membuatkan mereka rasa lebih dihargai dan...

125,000 Penghafaz Al-Quran Dilahirkan Di Bawah TN50

31/03/2018
0

KOTA BHARU - Sejumlah 125,000 penghafaz al-Quran dijangka dilahirkan di bawah program Tranformasi Nasional 50 (TN50) menerusi Dasar Pendidikan Tahfiz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd