• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda Bunuh Bapa Sendiri Ditahan

oleh Ahmad Albab
02/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELAGA – Polis menahan seorang pemuda berusia 26 tahun pada 11 pagi semalam selepas dia disyaki membunuh bapanya sendiri di sebuah rumah panjang di Long Pawah, dua jam perjalanan dengan kenderaan dari pekan Belaga.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi, suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol bertindak mengelar leher bapanya yang berumur 61 tahun, di rumah mereka dengan menggunakan sebilah parang.

Sebelum itu, suspek berselisih faham dan bergaduh dengan beberapa penduduk rumah panjang terbabit selepas satu majlis keraian sambutan tahun baharu namun dileraikan oleh ketua rumah panjang itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sarawak SAC Datuk Dev Kumar, suspek melarikan diri selepas membunuh bapanya dan ketua rumah panjang itu kemudian membuat laporan polis di IPD Belaga.

“Setelah dimaklumkan tentang kejadian, satu pasukan JSJ diketuai Insp. Miki Mohan Singh terus bergerak ke tempat kejadian yang mengambil masa dua jam perjalanan dari IPD Belaga.

“Pada lebih kurang 11 pagi, pasukan JSJ ini telah menangkap suspek di rumah panjang itu dan sebilah parang yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk membunuh bapanya telah dijumpai di bawah singki dapur,” kata Dev dalam satu kenyataan hari sini.

Mayat dibawa ke Hospital Bintulu manakala suspek direman selama tujuh hari bermula hari bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: anakkes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd