• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Legenda Tamil, Rajinikanth Tubuh Parti Politik Baharu

oleh
04/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Ikon layar perak India yang dipuja seperti dewa di sesetengah tempat di negara itu, Rajinikanth semalam mengumumkan hasratnya untuk menceburi dunia politik tempatan.

Pengumuman secara mengejut oleh aktor veteran itu mengakhiri penantian hampir dua dekad oleh ramai peminatnya, terutama se­kali di negeri Tamil Nadu yang dia sering dipuja sehingga digelar ‘The Superstar’.

“Saya akan menubuhkan parti politik saya sendiri dan bertanding untuk ­rebut semua 234 kerusi pada pilihan raya negeri akan datang,” katanya di dalam sebuah dewan dipenuhi penyokongnya di ibu negeri Tamil Nadu, Chennai.

Negeri tersebut yang mempunyai seramai 72 juta penduduk, ketika ini berdepan dengan ketidakstabilan politik selepas kematian ketua menteri­nya yang berkarisma, Jaya­lalithaa Jayaram, juga seorang bekas bintang filem.

Rajinikanth, 67, pernah bekerja sebagai seorang konduktor bas di bandar Bangalore, selatan India sebelum berpindah ke Chennai pada tahun 1973 untuk mengejar impiannya menjadi seorang pelakon filem tanah air.

Dia berjaya menjadi bintang hiburan paling terkenal dalam sejarah dunia per­fileman Tamil. Antara filem yang menaik­kan nama aktor legenda itu termasuk Chandramukhi, Sivaji: The Boss, Kabali dan Padayappa.

Rajinikanth pernah terima pujian luas kerana berseorangan mengalahkan kerajaan Tamil Nadu pada 1996 apabila meminta penyokongnya agar tidak mengundi parti pemerintah beberapa hari sebelum ­pilihan raya bermula.

“Saya bukan ceburi dunia politik untuk dapat jawatan, wang ataupun kemasyhuran kerana saya sudah memiliki semua ini,” kata beliau yang juga pemilik nama asal Shivaji Rao Gaekwad dipetik media tempatan semalam.

Ramai peminatnya dlaporkan bergembira dengan membakar mercun, menari dan melaungkan slogan soko­ngan untuk Rajinikanth di luar dewan itu selepas pe­ngumuman rasmi tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Rajinikanth
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Ini Janggut Rajinikanth Bukan Taliban” – KJ

10/04/2019
0

"INI bukan janggut Taliban, tuan-tuan. Ini janggut Rajinikanth (pelakon terkenal India),” kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semasa berucap dalam...

2 Penyanyi Nasyid Nyanyi Tamil Untuk Rajinikanth

11/01/2019
0

UNIK... Dua penyanyi nasyid Malaysia diberi peluang nyanyi lagu Tamil bertajuk Ullala dari Petta, iaitu filem terbaharu lakonan legenda filem Tamil, Rajinikanth,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd