• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penyanyi Nasyid Nyanyi Tamil Untuk Rajinikanth

oleh
11/01/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Dua penyanyi nasyid Malaysia diberi peluang nyanyi lagu Tamil bertajuk Ullala dari Petta, iaitu filem terbaharu lakonan legenda filem Tamil, Rajinikanth, menerusi video promosi filem itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation syarikat pemegang hak pengedaran filem itu untuk seluruh dunia kecuali India, Abdul Malik Dasthigeer, berkata lagu itu dinyanyikan Mu’adz Dzulkefly dan Azwan Ibrahim.

Ia digunakan untuk klip video bagi promosi filem itu di negara-negara ASEAN. Filem ditayangkan 10 Januari lalu sempena perayaan ‘Ponggal’ ini adalah kerjasama pertama Rajinikanth dengan pengarah muda, Karthik Subbaraj,

“Malahan ia melibatkan barisan ramai pelakon termasuk aktor Bollywood Nawazuddin Siddiqui, Vijay Sethupathi, Simran, Trisha dan Bobby Simha”, kata Abdul Malik pada pelancaran album nyanyian Mu’adz dan Azwan itu.

Sementara itu, Mu’adz memberitahu agensi berita Bernama walaupun beliau pernah menyanyikan lagu Tamil sebelum ini, peluang menyanyikan lagu Ullala disifatkan sebagai pengiktirafan tersendiri buat dirinya.

“Kami mengambil masa lima hari untuk merakamkan lagu ini. Cabaran utama adalah sebutan dan ekspresi yang perlu diluahkan mengikut maksud perkataan selain mengejar masa untuk berlatih,” katanya.

Mereka dilatih penggubah dan penulis lirik serta skrip popular Malaysia, Kavilnayagan Yuwaji, sementara Saran Z bertindak selaku pengarah bagi projek lagu itu.

Mu’adz dan Azwan pernah berganding bahu menyanyikan lagu Tamil tempatan bertajuk Azhagu pada 2014 lalu menerusi kumpulan muzik tempatan, SALAAM.​​​​​​​

​​​​​​​Azwan berkata beliau adalah peminat Rajinikanth dan ia menjadi antara motivasi untuknya bersetuju menyanyikan lagu yang digubah komposer muzik terkenal India, Anirudh Ravichander itu.

Mu’adz adalah penyanyi solo nasyid yang pernah menerbitkan album ‘Rindukan Cahaya’ pada 2013, manakala Azwan pula adalah ahli kumpulan nasyid ‘Fareast’ dan sudah hasil lapan album setakat ini. – BERNAMA

Tags: nasyidRajinikanthtamil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

Agong, Permaisuri Agong Ucap Selamat

14/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd