• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas 24 Tahun, Lebuhraya Persekutuan Kini Bebas Tol

oleh Ahmad Albab
01/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kutipan tol di Plaza Tol Sungai Rasau dan Plaza Tol Batu Tiga di sini ditamatkan secara rasmi tepat 12 tengah malam tadi dengan palang tol di kedua-dua plaza berkenaan diangkat sambil diiringi sorakan orang ramai yang berada di situ.

Kutipan tol di kedua-dua plaza Lebuhraya Persekutuan itu bermula pada 15 November 1993 dan ditamatkan 20 tahun lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Pemansuhan itu dirai dalam satu majlis kesyukuran ringkas yang diadakan di Plaza Tol Sungai Rasau dengan kehadiran Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Ismail Md Salleh.

Pada majlis berkenaan, PLUS yang diwakili Pengarah Urusan Datuk Azman Ismail menyerahkan secara rasmi surat serah kuasa pembatalan tol kepada Ismail.

Pemansuhan kutipan tol itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018, sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Langkah itu memberi manfaat kepada kira-kira 270,000 penduduk Shah Alam dan Klang yang akan menikmati penjimatan antara RM48.40 dan RM126 sebulan.

Susulan pemansuhan tol itu, operasi dan penyenggaraan jajaran Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya. – BERNAMA

Tags: lebuh rayaPLUSTol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd