• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehadiran Pemain Baharu Suntik Semangat JDT

oleh Ahmad Albab
31/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohammad Fadhli Shas yakin kehadiran beberapa pemain baharu dalam skuad Harimau Selatan mampu menyuntik semangat kepada mereka untuk memburu lebih banyak kejuaraan pada musim depan.

Pemain kebangsaan itu percaya kehadiran beberapa muka baharu selain kembalinya dua penyerang berbisa skuad Harimau Selatan iaitu Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz dapat menajamkan lagi jentera serangan skuad berkenaan.

JDT yang juga juara bertahan Liga Super sejak 2014 mendapatkan khidmat beberapa pemain muda seperti Mohamed Syamer Kutty Abba dari Pulau Pinang, Adam Nor Azlin (Selangor), Muhammad Syafiq Ahmad (Kedah), dua pemain import iaitu La’ Vere Corbin-Ong (Kanada) dan Bruno Gabriel Soares (Brazil) selain turut mengesahkan kehadiran semula dua tonggak import dari Argentina itu.

“Apabila saingan musim baharu bermula, sudah tentu cabarannya lebih getir. Sebagai pemain, kami seharusnya perlu lebih mantap bukan saja dari segi fizikal dan tahap kecergasan tetapi juga kekuatan mental,” kata Mohammad Fadhli menerusi posting terbaharu laman Facebook JDT, ‘The Southern Tigers’.

Dalam pada itu, bekas pemain skuad Harimau Muda tersebut menegaskan objektif pasukan berkenaan tetap sama iaitu mempertahankan kejuaraan Liga Super pada musim depan, sekali gus layak beraksi secara automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 2019.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan Malaysia bakal meraih satu slot automatik dan satu slot ke pusingan kelayakan ACL pada 2019 berdasarkan ranking kelab AFC yang dikeluarkan baru-baru ini yang menyaksikan Malaysia menduduki tangga keenam dalam Zon Timur.

“Berita itu pasti menyemarakkan lagi semangat kami untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi menempatkan JDT dalam saingan kelab Asia, tetapi kami juga harus berwaspada dengan ancaman pasukan lain yang mengimpikan slot berkenaan,” kata Mohammad Fadhli Shas yang menyertai JDT sejak 2014.

Sementara itu, beliau berkata tiga aksi persahabatan pramusim di Thailand bulan depan menjadi medan terbaik untuk skuad Harimau Selatan membaiki corak persembahan sebelum berdepan naib juara Liga Perdana Thailand, Muangthong United pada aksi pusingan kelayakan ACL 2018, hujung Januari ini.

JDT dijadualkan mengadakan aksi persahabatan dengan tiga kelab tempatan di sana iaitu Army United, Chonburi FC dan Port FC. – BERNAMA

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

13/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Johor Motorsports Racing (JMR) bakal mencipta detik bersejarah apabila membuat penampilan sulung dalam perlumbaan ketahanan...

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Chelsea FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijadual berlangsung sebelum ini telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd