• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Kebajikan Bantu Tiga Beradik Diwujudkan

oleh AK-47
30/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tragedi pembunuhan tiga beranak di Wakaf Mek Zainab di sini, 15 Nov lalu menyebabkan tiga beradik perempuan iaitu Kha Xhing Faye, 19, Kha Xhing Rhu, 15, Kha Xhing Shyen, 8, menjadi yatim piatu.

Namun, nasib mereka bakal terbela apabila Kelab Lions Kota Bharu dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan menubuhkan tabung kebajikan dan pendidikan untuk tiga beradik berkenaan.

Presiden Kelab Lions Kota Bharu Kelvin Yeap berkata penubuhan tabung berkenaan sebagai usaha untuk membantu tiga beradik itu yang kehilangan ibu bapa mereka iaitu Kha Eng Ni, 42, dan isteri Chua Joo Seok, 43, dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13.

“Tiga beradik terbabit kini kehilangan tempat bergantung dan terpaksa dibantu oleh emak saudara mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata dana daripada tabung itu akan digunakan untuk membiayai pengajian ketiga-tiga beradik berkenaan dan kebajikan mereka akan dibantu setiap bulan.

“Kelab Lions Kota Bharu akan menjadi pemegang amanah dan akan mengeluarkan perbelanjaan setiap bulan kepada ketiga-tiga beradik ini.

“Setakat ini kami masih memantau keperluan mereka kerana tidak lama lagi sesi persekolahan akan dibuka semula,” katanya.

Kelvin berkata buat masa ini, dua beradik yang berusia 15 dan 18 tahun tinggal di Kampung Balai, Bachok bersama ibu saudara manakala yang bongsu tinggal dengan seorang lagi ibu saudara di Gua Musang.

Beliau berkata penubuhan tabung itu adalah bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan di atas kes pembunuhan terbabit dan meminta simpati daripada orang ramai menggunakan nama tiga beradik berkenaan.

“Mana-mana pihak atau individu yang bersimpati boleh menyalurkan derma atau sumbangan melalui Akaun OCBC Bank di atas nama Lions Club of Kota Bharu melalui nombor akaun 7551032526.

Kita berharap wang tabung ini dapat digunakan oleh tiga beradik ini untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Puad Zarkashi Saran PM Anwar Berhenti Guna Perkataan ‘Sakau’

Puad Zarkashi Saran PM Anwar Berhenti Guna Perkataan ‘Sakau’

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd