• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Temui Kereta Kejadian Bunuh Di Stesen Minyak

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menemui kereta BMW 520D yang dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini pada 17 Disember lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kereta berwarna putih tanpa nombor pendaftaran kenderaan itu dijumpai orang awam pada 3 petang semalam di sebuah kebun kelapa sawit di Ayer Balai, dekat Pontian.

“Kereta itu merupakan satu daripada senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu selain pisau. Pasukan forensik yang melakukan pemeriksaan menemui beberapa perkara yang mengaitkan kereta itu dengan kejadian bunuh tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Khalil berkata bagaimanapun, polis tidak menemui pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Beliau berkata setakat ini, polis menahan 15 individu yang kesemuanya rakyat tempatan terdiri daripada 11 lelaki dan empat wanita bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Usaha sedang digiatkan untuk memburu tiga suspek utama yang dipercayai masih berada di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Khalil berkata tiga lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu akan dibebaskan selepas siasatan ke atas mereka selesai manakala 11 lagi iaitu lapan lelaki dan tiga wanita direman sehingga 30 Disember ini.

“Daripada suspek, kita sedang bina jalan cerita yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan itu… dalam sesuatu kes pembunuhan, ada yang mainkan peranan dan perancang.

“Kita memerlukan siasatan yang lebih serius kerana ia tidak semudah seperti yang dilihat, kita juga kena cari bagaimana tayar kereta mangsa pancit kerana ia bukan pancit kerana paku,” katanya.

Dalam kejadian 7.30 malam itu, mangsa yang berumur 40-an mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki.

Kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen itu untuk mengisi angin tayar kenderaannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan dua kumpulan kongsi gelap. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik

Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik

16/10/2026
0

PUNCAK ALAM - Cadangan resolusi khas dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-4 Perbadanan Pengurusan Graham Garden di Puncak Alam, Selangor...

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd