• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi ‘Sleeping Buddha’, Dua Rakan Didenda RM7,500

oleh AK-47
26/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Gara-gara mengambil sebuah patung Buddha tanpa kebenaran, dua rakan dijatuhi hukuman denda RM7,500 atau 12 bulan penjara setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Qasiratul Jannah Usmani Othman menjatuhkan hukuman itu terhadap pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju, Lim Su Quinn, 29, dan rakannya Lim Keng Liang, 37, seorang peniaga barangan antik, selepas mereka mengaku bersalah mengambil patung itu di Dewan Sembahyang Penang Buddhist Association, Jalan Anson di sini pada 11 Dis lepas.

Mereka didakwa mengambil sebuah patung Buddha bernama ‘Sleeping Buddha’ yang diperbuat daripada batu marmar putih bersama rak kayu kepunyaan persatuan itu di dewan sembahyang berkenaan tanpa kebenaran pada 8.30 pagi, 11 Dis lepas.

Dua rakan itu dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran berikutan kes itu menjadi perhatian masyarakat.

Bagaimanapun peguam R. Puran yang mewakili Su Quinn dan Jeffrey Ooi Ping Hong yang mewakili Keng Liang memohon hukuman ringan kerana kedua-dua tertuduh memberi kerjasama dan menjimatkan masa mahkamah. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengingatkan dirinya dan semua pemimpin politik supaya menjaga adab dan pertuturan...

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

25/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd