• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kayuhan 250 Peserta Sertai Kayuhan Amal Pertahan Palestin

oleh AK-47
25/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Lebih 250 peserta menyertai kayuhan amal sejauh 40 kilometer untuk mengumpul dana bagi membantu kempen mempertahankan Baitulmuqaddis daripada dikuasai pelampau Yahudi di sini, hari ini.

Acara anjuran UMNO bahagian Pasir Puteh, Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh dan Masjid Ibrahimi itu bermula dari perkarangan masjid berkenaan ke Balai Polis Cherang Ruku sebelum ke Masjid As-Syakirin serta Tok Bali dan kembali ke Masjid Ibrahimi.

Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh Datuk Zawawi Othman berkata pihaknya berjaya mengumpul kira-kira RM15,000 hasil sumbangan peserta hari ini.

“Kami bercadang untuk mengumpulkan dana sebanyak RM20,000 bagi diserahkan kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam tempoh terdekat.

“Bagi mencapai sasaran itu, kami akan melancarkan kutipan derma pula selepas ini daripada pelbagai pihak,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri Semerak itu, yang turut meluangkan masa kira-kira dua jam mengayuh basikal bersama peserta program tersebut.

Sementara itu, Imam Muda Masjid Ibrahimi Mohd Hanafiah Ab Aziz berkata pihaknya akan terus melancarkan kutipan derma daripada orang ramai termasuk peniaga dan anggota kariah masjid.

Sejak dilancarkan pada minggu lepas, Masjid Ibrahimi berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM2,150. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

10/07/2026
0

RAMALAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin Pakatan Harapan (PH) akan menang sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN Johor tidak sepatutnya dijadikan...

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegur penyanyi rap dan aktivis, Caprice berhubung soalan agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd