• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Jom Pi Sekolah Rai 32 Pelajar Asnaf, Yatim

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seramai 32 pelajar daripada golongan asnaf dan anak yatim terpilih dari seluruh negeri diraikan dengan bantuan persekolahan pada Program Jom Pi Sekolah hari ini anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kindness Malaysia bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah.

Pengarah JPJ Kedah Ismasuhaimi Shariff berkata menerusi program itu pelajar terlibat akan memilih sendiri barangan persekolahan yang diingini mereka di sebuah pasar raya di sini dengan peruntukan RM150 seorang.

“Kita harap menerusi bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa mereka memenuhi keperluan persekolahan anak-anak,” katanya kepada pemberita selepas program itu.

Sementara itu, seorang surirumah yang juga orang kelainan upaya (OKU) Juliana Johari, 42, mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur atas bantuan persekolahan yang diberikan kepada anak bongsunya yang bakal memasuki darjah enam tahun depan.

Katanya bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban suaminya yang hanya berniaga makanan ringan secara kecil-kecilan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan dua anaknya, dengan yang sulung berusia 15 tahun.

“Kami sememangnya tidak merancang untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak pada tahun hadapan. Saya sudah memberitahu anak-anak untuk menggunakan barangan persekolahan tahun ini sahaja kerana ia masih boleh diguna pakai walaupun agak lusuh. Jadi, bantuan ini dapat menggembirakan anak bongsu saya ini,” katanya.

Dalam pada itu, seorang ibu tunggal Juhanis Jamil, 33, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan pula berkata dia bersyukur ketiga-tiga anaknya yang berusia tujuh hingga 10 tahun itu turut terpilih menerima bantuan persekolahan yang diberikan.

Dia berkata jika tidak dia hanya mampu menyediakan persiapan persekolahan anaknya itu secara ala kadar sahaja. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik

Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik

16/10/2026
0

PUNCAK ALAM - Cadangan resolusi khas dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-4 Perbadanan Pengurusan Graham Garden di Puncak Alam, Selangor...

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd