• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Baitulmaqdis: Malaysia Tak Terikat Hadapi Ugutan AS

oleh Ahmad Albab
22/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia tidak mahu terikat dalam tindakannya berdepan ugutan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara-negara yang memberi undi menolak resolusi pengiktirafan negara itu untuk menjadikan Baitulmuqaddis ibu negara Israel, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata Malaysia bukanlah penerima bantuan ekonomi yang besar daripada Amerika dan hanya menerima bantuan teknikal dari segi keselamatan dan pertahanan.

“Pada hemat saya Amerlka tidak seharusnya menggunakan ugutan sedemikian kerana ia merupakan pendapat masyarakat antarabangsa,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri kepada pemberita semasa hadir Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis, di Masjid Putra di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ugutan Presiden Donald Trump untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong draf resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu Baitulmuqaddis.

Perhimpunan Agung PBB semalam mengisytiharkan bahawa resolusi AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah tidak sah dan terbatal selepas pengundian menyaksikan 128 negara termasuk Malaysia menolak keputusan AS itu dan sembilan lagi negara menyokong.

Sebanyak 35 negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian itu, manakala wakil 21 negara tidak hadir.

Terdahulu, sebelum pengundian 193 negara itu, AS menerusi Dutanya ke PBB, Nikki Haley mengulangi ancaman Presiden Trump untuk memotong bantuan kewangan kepada mana-mana negara yang menyokong resolusi berkenaan.

Haley juga menegaskan keputusan undian di PBB tidak akan membuat sebarang perubahan ke atas rancangan Washington memindahkan kedutaannya ke Baitulmuqaddis.

Ahmad Zahid berkata keputusan itu menjadi ketetapan PBB maka ia harus dipatuhi oleh mana-mana negara anggota pertubuhan itu.

“Tentunya pencabulan terhadap resolusi itu adalah pencabulan terhadap ketetapan badan dunia dan mengetepikan pandangan masyarakat dunia,” katanya.

Ditanya mengenai keengganan Israel menerima resolusi itu dalam kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu, Ahmad Zahid berkata negara itu hanya sebuah daripada negara anggota PBB yang harus patuh kepada keputusan badan dunia itu.

“Kedegilan ini sebenarnya sejak penubuhan negara berkenaan lagi dan pencabulan serta penolakan terhadap sebarang resolusi (PBB) sering dilakukan oleh Israel (sebelum ini),” katanya.

Mengenai cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Malaysia mengikut langkah Turki membuka kedutaan di Timur Baitulmuqaddis, Ahmad Zahid berkata cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada minggu pertama Januari 2018. – BERNAMA

https://www.facebook.com/mynewshub/videos/1785741405068383/

Tags: Isu Baitulmaqdis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Masjid Al-Alqsa Ditutup Mulai Hari Ini

23/03/2020
0

BAITULMAQDIS - Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan mengeluarkan arahan agar semua semua solat dan perhimpunan di Masjid...

Mustahil Palestin Tanpa Baitulmaqdis – Abbas

29/01/2020
0

RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berkata, mustahil untuk menerima sebuah negara Palestin tanpa Baitulmaqdis dan memberi amaran rakyatnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd