• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejohanan Dunia: Peluang Khairul Hafiz Masih Terbuka

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan masih berpeluang beraksi pada Kejohanan Olahraga Tertutup Dunia 2018 yang dijadualkan berlangsung di Arena Birmingham, England dari 1 hingga 4 Mac tahun depan.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim berkata Khairul Hafiz yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100m dan 200m perlu melepasi had kelayakan ditetapkan pada Kejohanan Olahraga Tertutup Asia kelapan di Tehran, Iran pada Februari depan sekiranya berhasrat beraksi pada Kejohanan Dunia.

Beliau menjelaskan KOM memutuskan untuk memberikan tiket wildcard ke Kejohanan Dunia kepada atlet lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail memandangkan tarikh tutup penyertaan kejohanan adalah pada 2 Disember lepas.

“Kita menunggu kata putus daripada jurulatih Khairul Hafiz (Mohd Poad Md Kassim), namun beliau tidak memberikan sebarang jawapan sehingga memaksa kita mencalonkan nama Muhammad Hakimi kerana kesuntukan masa.

“Sekiranya Khairul Hafiz melepasi had kelayakan di Tehran nanti, maka kita akan membuat rayuan kepada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) supaya mempertimbangkan penyertaan beliau pada Kejohanan Dunia,” kata Karim.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Khairul Hafiz yang kesal namanya digugurkan oleh KOM untuk ke Birmingham walaupun pelari pecut berkenaan pada asalnya dicalonkan oleh badan induk itu.

Mohd Poad sebelum ini mendakwa Khairul Hafiz tidak disenaraikan ke Birmingham kerana mahu memberi fokus kepada Kejohanan Pra Sukan Asia 2018 di Indonesia, Februari depan.

Dalam pada itu, Karim memaklumkan pihaknya sudah merangka program persediaan untuk skuad negara bagi menghadapi beberapa temasya sukan seperti Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia dan Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Beliau bagaimanapun memaklumkan program latihan luar negara skuad olahraga negara akan dimuktamadkan selepas KOM mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Karim ditemui pemberita selepas hadir pada taklimat Program Penyediaan Atlet ke arah Temasya Sukan SEA 2019 yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin kepada beberapa wakil persatuan sukan kebangsaan di sini, hari ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengingatkan dirinya dan semua pemimpin politik supaya menjaga adab dan pertuturan...

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

25/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd