• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerima Bantuan Krismas Kongsi Kegembiraan

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM60,000 bagi membantu 300 orang yang kurang berkemampuan di negeri ini bagi membuat persiapan sempena sambutan Hari Krismas pada Isnin depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan sebanyak RM60,000 untuk disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan sempena sambutan Krismas tahun ini.

“Ini merupakan komitmen berterusan daripada kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan masyarakat berbilang kaum di negeri itu.

“Setiap kali menjelang musim perayaan utama di negara ini, kita tidak akan melepaskan peluang untuk menyambutnya dengan penuh kemesraan dan semangat muhibah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Natal 2017 yang berlangsung di Seri Bendahara, Ayer Keroh.

Seorang daripada penerima bantuan tersebut, Ama Vellahani, 83, yang kelihatan uzur dan menghidap ketumbuhan dalam perut berkata beliau menghargai bantuan yang diterima memandangkan dirinya kini tidak lagi berkeupayaan untuk melakukan sebarang pekerjaan.

“Sumbangan ini amat bermakna kerana saya kini tinggal berseorangan selepas suami meninggal dunia dan meneruskan kelangsungan hidup dengan elaun bulanan sebanyak RM300 daripada JKM,” katanya yang menetap di Seri Pengkalan, Alor Gajah.

Sementara itu, Yes Francis, 78, berkata bantuan yang diterima itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebannya yang hanya bergantung kepada pencen bulanan bagi persiapan perayaan.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin terhadap nasib golongan yang kurang berkemampuan seperti kami.

“Ini menunjukkan sikap pimpinan kerajaan sedia ada mampu menyelami perasaan dan kehidupan setiap rakyat yang dalam kesusahan dan kurang bernasib baik,” kata bapa kepada enam orang anak yang tinggal di Batang Tiga, Klebang. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengingatkan dirinya dan semua pemimpin politik supaya menjaga adab dan pertuturan...

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

25/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd