• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukkan RM90 Juta Tambak Pantai Tanjung Gelam

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kerajaan pusat memperuntukkan sebanyak RM90 juta untuk menambak dan membaik pulih kawasan sepanjang Pantai Tanjung Gelam, Mengkabang Telipot ke Pengkalan Maras, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata kerja-kerja membaik pulih kawasan berkenaan giat dijalankan sejurus bermulanya musim tengkujuh di pantai timur pada penghujung November lalu.

“Buat masa kini, kerajaan negeri dan kerajaan pusat memperuntuk RM 2 juta untuk membaiki kawasan sepanjang 500 meter ini. Apa yang hairan, kawasan pantai ini sangat t eruk terjejas berbanding kawasan lain,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad Razif berkata beliau telah meminta Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Terengganu untuk membuat satu kajian bagi mengenal pasti punca hakisan itu.

“Saya dimaklumkan bahawa dalam masa terdekat ini, Pakar Kejuruteraan Pantai akan melihat permasalahan ini,” katanya.

Beberapa kawasan Pantai Tanjung Gelam mengalami hakisan teruk sehingga sebuah rumah rosak akibat ombak besar yang mencecah lebih 2 meter.

Sementara itu, peniaga ikan celup tepung Mohd Non Nawang, 61, bimbang dengan hakisan yang berlaku di kawasan itu.

“Saya merupakan orang yang terawal berniaga di kawasan ini. Dahulu jarak kedai dari pantai sejauh 600 meter tapi sekarang ia lebih kurang 60 meter…duduk di kedai pun sudah boleh terkena biasan air pantai.

“Sejak hakisan Ahad lalu, pelanggan juga semakin berkurangan ke kedai saya. Saya mohonlah jasa baik kerajaan negeri membaik pulih kawasan ini kerana di sinilah saya mencari rezeki,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik

Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik

16/10/2026
0

PUNCAK ALAM - Cadangan resolusi khas dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-4 Perbadanan Pengurusan Graham Garden di Puncak Alam, Selangor...

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd