• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 Koc Retak, Tapi 4,800 Tren Laju Jepun Diperiksa

oleh
17/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Menteri Pengangkutan Jepun, Keiichi Ishii mengarahkan semua 4,800 kereta api laju di Jepun diperiksa teliti hanya selepas keretakan dikesan pada sebuah koc tren itu awal minggu ini.

Menurut laporan Nippon TV, beliau berkata demikian pada sidang media di sini kelmarin yang mendedahkan kesemua lima syarikat Japan Railways yang mengendalikan shinkansen diarahkan berbuat demikian serta-merta.

Pengumuman dramatik ini dibuat ekoran tular menerusi media sosial tempatan mengenai laporan melibatkan insiden kebocoran minyak dan keretakan yang dikesan di salah sebuah gerabak kereta api shinkansen.

Keretakan tersebut dikesan lebih tiga jam selepas beberapa kakitangan dalam kereta api berkenaan yang juga popular dirujuk sebagai tren peluru, melaporkan ada terhidu bau seperti terbakar dan juga dengar bunyi ganjil.

Para pegawai Kementerian Pengangkutan Jepun mengatakan bahawa aduan keretakan tersebut meskipun agak kecil dan terpencil, boleh mengakibatkan insiden kereta api tergelincir daripada landasan ketika bergerak pantas.

Baca: Pengendali Tren Tokyo Mohon Maaf Tercepat 20 Saat

Juga: Walau Tren Rosak, Rakyat Jepun Kekal Berdisiplin

Mujur, tiada seorang pun daripada 1,000 penumpang yang cedera. Shinkansen yang dilancarkan pada 1964 ketika ini menghubungkan hampir 3,000 kilometer di seluruh negara dengan kelajuan maksimum 320 kilometer sejam.

“Kami menyifatkannya sebagai “insiden serius” kerana ia satu kes yang luar biasa.. Ia boleh mengakibatkan kemalangan,” kata seorang pegawai dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Jepun yang enggan dikenali.

Semalam, Ishii mengarahkan siasatan yang lebih menyeluruh bagi menyiasat punca mengapa kereta api itu masih lagi dibenarkan untuk digunakan meskipun kes keretakan tersebut sudah dikesan tiga jam sebelum itu.

Kereta api laju Jepun mempunyai rekod keselamatan yang unggul. Tiada penumpang yang pernah cedera mahupun terkorban dalam nahas shinkansen sejak pelancarannya 53 tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: jepunshinkansen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kepong dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas tular dakwaan mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd