• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayar Tonton Seks Langsung 3 Beranak Di Line

oleh Ahmad Albab
17/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang wanita yang didakwa bayar untuk menyaksikan sesi seks langsung menerusi aplikasi sembang Line membabitkan sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka berusia tiga tahun.

Malahan ketua polis wilayah Phitsanulok, Kolonel Polis Songpol Sangkasem berkata, tindakan undang-undang turut bakal dikenakan terhadap kira-kira 100 penonton lain.

Pathumporn ‘Aye’ Mangkornchaiya, 27, ditahan pada lewat Khamis dan didakwa atas tuduhan pemerdagangan manusia, jenayah komputer serta pelanggaran undang-undang perlindungan kanak-kanak.

Pihak polis juga akan menyoal siasat wanita itu dalam usaha untuk buru seorang lagi suspek yang dipercayai mengupah keluarga berkenaan untuk melakukan acara seks langsung berkenaan.

Katanya, 100 penonton dalam kumpulan sembang itu juga berdepan dengan tindakan undang-undang. Pasangan suami isteri yang dilaporkan membuat persembahan seks dengan anak lelaki mereka itu ditahan polis.

Minggu lalu, ibu berusia 25 tahun itu ditahan di Phitsanulok, manakala anaknya kini dalam jagaan pihak jabatan kebajikan tempatan.

Wanita yang hanya mencari rezeki sebagai penjual buah itu diupah 400 baht (RM50) untuk melakukan acara seks terbabit dengan anak dan suami barunya.

Suaminya menyerah diri, Isnin lalu. Ibu bapa berkenaan didakwa atas tuduhan pemerdagangan manusia, jenayah komputer, pencabulan kanak-kanak dan menggalakkan salah laku kanak-kanak. – Agensi/myMetro Online

Tags: Gila SeksWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd