• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UNIC Kena Tahan, Disyaki Masuk Syria Secara Haram

oleh
20/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SESUNGGUHNYA niat yang baik untuk membantu ke sesama Muslim, pasti akan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.

Difahamkan kumpulan nasyid terkenal, UNIC telah ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan memasuki Syria bagi misi bantuan kepada pelarian.

Kumpulan nasyid tersebut kini sedang sibuk dengan menjalani misi bantuan bersama dengan Muslim Care Malaysia. Mereka juga baru sahaja selesai memberi bantuan di sekolah Muslim Care dekat Reyhani, Turki bersama anak-anak pelarian di sana.

Admin akaun Instagram @unicofficials telah memuat naik satu gambar yang memberitahu bahawa kumpulan nasyid tersebut kini dilaporkan telah ditahan sejak 14 jam yang lalu.

Pengurus IG tersebut juga turut memohon agar kita semua mendoakan keselamatan dan perjalanan kesemua ahli UNIC iatu Bazli Hazwan, Fakhrul Radhi dan Najmi.

https://www.instagram.com/p/Bcrq-5RlxTE/?taken-by=unicofficials

Menerusi video yang dimuat naik, sebelum ditahan, Bazli telah menceritakan situasi genting tersebut yang mana telah merisaukan mereka sendiri.

“Satu kesilapan UNIC yang baru perasan. Di belakang passport kami bila lepas di airport Turki, mereka cop yang bertulis ‘Sila ke balai polis untuk pengesahan.

“Salah satu sebabnya juga kerana kami pakai baju Muslim Care. Jadi mereka syak kami masuk ke Syria secara haram dan mereka takut kami bawa barang bantuan,” ujar Bazli dan Fakhrul.

https://www.instagram.com/p/BcrYEAflOFF/?taken-by=unicofficials

Disebabkan itu juga, pihak berkuasa di Turki telah bertanya bermacam-macam soalan kepada mereka dan secara tidak sengaja seorang individu yang turut bersama mereka telah memberitahu bahawa tujuan mereka ke Syria ialah untuk sebuah misi.

“Bagi semua rakyat Malaysia, doakan kami. Kami di negara orang ni macam-macam boleh jadi tambah pula dengan negara perang, lagi ketat lepas isu Palestin baru-baru ni,” tambah Bazli yang kelihatan sangat risau selepas kejadian tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka juga beranggapan bahawa kemungkinan besar insiden tersebut berlaku ialah kerana logo Muslim Care yang menyebabkan pihak imigresen mengesyaki mereka masuk ke Syria secara haram.

Apa yang lebih mengejutkan ialah apabila pihak berkuasa Turki turut mengesyaki mereka telah membawa alat-alat bantuan iaitu senjata bagi membantu serta melaksanankan sesuatu misi disana.

Terbaharu, kira-kira satu jam lalu, mereka telah memuat naik satu video yang mengatakan mereka kini berada dalam keadaan selamat setelah beberapa jam disoal siasat.

https://www.instagram.com/p/BctQNobliIP/?taken-by=unicofficials

“Kami UNIC dan Muslim Care mohon maaf atas kelewatan update situasi kami dan terima kasih banyak kepada yang mendoakan. Alhamdulillah kami selamat sampai di Istanbul,” kata Najmi.

“Kami ditahan kerana SOP biasa kerana laluan yang kami guna merupakan laluan tikus untuk ke Syria. Lagi pula kebetulan kami pakai baju Muslim Care dan sebab itu disyaki masuk ke sana untuk tujuan lain,” tambah Fakhul pula.

Alhamdulillah syukur kepada Allah apabila mereka kini sudah dibebaskan dan bakal meneruskan perjalanan mereka ke Syria bagi misi bantuan tersebut.

https://www.instagram.com/p/BctSx0tFWig/?taken-by=unicofficials

Selain itu, Presiden Muslim Care, Hj Zulkifli Wahijan dan wakil daripada Muslim Care, iaitu Ustaz Dr. Ridhuan turut memberi kenyataan mereka berikutan insiden cemas tersebut.

“Kami disoal siasat dan pengiring kami telah memberitahu pihak berkuasa bahawa tujuan kami ialah misi bantuan ke sekolah Muslim Care di Reyhanli, Turki. Alhamdulillah bila sebut sahaja sekolah berkenaan, kami telah dilepaskan kerana sekolah itu telah mendapat pengiktirafan daripada UNICEF.

“Ini memang SOP biasa dan bagi orang pertama kami ikut misi ni, memang ianya menggerunkan. Mana tidaknya, kami ditahan beberapa kali dan mereka turut selongkar beg kami. Insha Allah Januari ini sekali lagi kami, Muslim Care Malaysia bersama dengan UNIC akan ke Syria bagi misi bantuan untuk rakyat Syria.

“Kami harap semua rakyat Malaysia kan bagi sokongan dan bantuan kerana mereka sekarang sedang dalam keadaan kedinginan. Khemah plastik macam tu tak dapat menahan kesejukan sekarang,” kata Hj Zulkifli dan Ustaz Ridhuan.

https://www.instagram.com/p/BcpHSgbFpfW/?taken-by=unicofficials

Semoga usaha baik UNIC dan Muslim Care Malaysia akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T serta mudah-mudahan tidak terjadi perkara yang tak diingini. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: bantuanMuslim Carepelarian SyriaSyriaUNIC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Baru Kahwin, Tauke Lancar Produk ‘Ubat Kuat’

Next Post

Netizen ‘Bengang’ Blogger Tak Kenal Aaron Aziz

Related Posts

Bantuan Untuk Insiden Kebakaran Di Putra Heights Perlu Diselaraskan Dengan MB Selangor, Petronas

Bantuan Untuk Insiden Kebakaran Di Putra Heights Perlu Diselaraskan Dengan MB Selangor, Petronas

04/04/2025
1

Kuala Lumpur: Semua bantuan dan usaha koordinasi yang berkaitan insiden kebakaran di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor perlu diselaraskan supaya...

Negara ASEAN Akan Hantar Lebih Banyak Bantuan Ke Myanmar Susulan Gempa Bumi Dahsyat

Negara ASEAN Akan Hantar Lebih Banyak Bantuan Ke Myanmar Susulan Gempa Bumi Dahsyat

01/04/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih banyak bantuan dan sokongan dari negara anggota ASEAN dijangka tiba di Myanmar pada Selasa bagi membantu operasi menyelamat...

Next Post

Netizen 'Bengang' Blogger Tak Kenal Aaron Aziz

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd