• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Gantung 61 Penerbangan Tiada Permit

oleh Ahmad Albab
11/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kementerian Pengangkutan Indonesia semalam menggantung 61 laluan penerbangan tempatan yang dikendalikan oleh syarikat Garuda dan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah disebabkan tidak mempunyai permit.

Tindakan itu diambil susulan siasatan ke atas penerbangan AirAsia Indonesia yang terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu dan pesawat berkenaan didakwa terbang tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Garuda Indonesia didapati melakukan empat pelanggaran peraturan penerbangan, Lion Air (35), Wings Air (18), Trans Nusa (1) dan Susi Air (3),” kata Menteri Pengangkutan, Ignasius Jonan pada sidang akhbar di sini semalam.

“Mereka melanggar peraturan berkaitan permit. Mereka tidak mempunyai permit penerbangan (61 laluan) itu. Perkara sama berlaku kepada Air–Asia,” ujar beliau.

Kementerian Pengangkutan sebelum ini telah bertindak membekukan penerbangan AirAsia Indonesia dari Surabaya yang merupakan bandar kedua terbesar di Indonesia ke Singapura.

Pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal hilang selepas 40 minit penerbangan dan terhempas di Laut Jawa.

Siasatan bagaimanapun tidak mengaitkan kemalangan itu dengan masalah permit penerbangan kerana kejadian berlaku akibat cuaca buruk.

Ignasius berkata, pada masa yang sama sebanyak 11 pegawai penerbangan telah dikenakan tindakan disiplin kerana terbabit dalam kontroversi permit penerbangan dan langkah-langkah telah diambil bagi mengelak masalah itu daripada berulang. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=p8g1i1eYgf0

Tags: AirAsia IndonesiaIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd