• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Merdeka Award 2017: Shahar Angkat Martabat Orang Asli

oleh
13/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Impiannya untuk angkat martabat orang Asal kini menjadi kenyataan apabila Shahar Koyok, 32, menerima 2017 Merdeka Award Grant for International Attachment.

Anugerah berprestij sebagai penghargaan usaha penyelidikan paling cemerlang negara itu disampaikan sendiri oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini pada Rabu.

“Matlamat utama penyelidikan saya ialah bagi angkat martabat budaya kaum Asal di Malaysia terutama hasil karya seninya,” katanya yang merupakan penerima sulung kategori Pendidikan dan Komuniti.

Penyelidikan tersebut turut bertujuan untuk meneroka keunikan tempat seni asli di dalam konteks meraikan kepelbagaian etnik dan budaya Malaysia.

Selain itu, kajian yang dilakukan juga untuk mengkaji lebih lagi mengenai pemacu utama yang turut meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap budaya asli melalui hasil seni asli.

Shahar juga merupakan orang Asli pertama yang dianugerahkan Anugerah Geran Merdeka serta penerima pertama bagi kategori Pendidikan dan Komuniti/Masyarakat.

Dia juga aktif dalam kerja komuniti serta kini sedang berkerja dengan sebuah organisasi bukan kerajaan.

Hasil kerja pemuda yang berasal dari Banting, Klang itu juga telah dipamerkan di seluruh Malaysia serta di luar negara seperti Melbourne, London dan Miami.

Dalam masa yang sama, Shahar juga telah menerbitkan sebuah buku cerita kanak-kanak yang berjudul ‘Tujal dan Angin’.

“Idea saya buat penyelidikan ini datang daripada asal usul saya sebagai orang Asli. Saya nampak muzium dan galeri seni di Malaysia tak banyak tunjuk mengenai orang Asli.

“Sampai satu masa saya nampak saya perlu bawa seni orang Asli ke peringkat lebih tinggi. Saya rasa sedikit sedih sebab di Malaysia banyak orang Asli tapi kenapa tak banyak tunjuk tentang seni dan budaya kami.

“Pelajar orang Asli pun sering merendah diri jika mereka di sekolah kerana rasa tersisih,” kata Shahar yang merupakan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bagaimanapun, Shahar turut akan lebih berusaha dalam mengangkat martabat kaum orang Asli ke perigkat yang lebih tinggi supaya kaum mereka akan terus mendapat tempat di mata masyarakat.

“Harapan saya semoga dengan anugerah ini dapat bagi saya peluang untuk buat penyedlidikan tentang orang asli di Australia dan New Zealand.

“Di sana, mereka sangat bangga dengan orang asli mereka. Bagi mereka, golongan orang asli merupakan kebanggaan mereka dan akan berusaha untuk menunjukkan budaya orang sana.

“Saya tengok juga lebih ramai orang asli dari sana lebih berjaya berbanding di Malaysia. Jadi sebagai penghasil seni, syaa perlu gunakan peluang ini untuk mengubah apa yang berlaku di sini,” katanya.

Dengan kejayaan Shahar ini, dia telah dapat membuka minda dan mengubah pandangan sesetengah masyarakat mengenai kisah orang Asli di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC / AH

Tags: 2017 Merdeka Award Grant for International AttachmentOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd