• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Di India Dipecat Setelah Bercuti Selama 24 Tahun

oleh Ahmad Albab
11/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pegawai di India akhirnya dipecat setelah mengambil cuti selama 24 tahun dan tidak pernah kembali ke pejabatnya selepas itu, lapor portal berita antarabangsa The Guardian.

Pembantu jurutera, A.K.Verma mula bercuti pada tahun 1990 setelah menyertai Jabatan Kerja Raya Pusat India (CPWD) sepuluh tahun sebelum itu.

Verma kemudiannya menolak arahan pegawai atasannya untuk kembali memulakan tugas setelah permohonan untuk menambah cuti ditolak.

“Dia datang untuk memohon penambahan cuti, namun tidak dibenarkan, menyebabkan dia memutuskan untuk tidak kembali ke tempat kerja,” ujar wakil kerajaan pada Khamis lalu.

Walaupun siasatan yang dijalankan pada 1992 mendapati Verma bersalah, namun pihak kerajaan mengambil masa selama 22 tahun untuk memecat Verma daripada jawatannya setelah seorang menteri kabinet campur tangan dalam isu itu.

Menteri Pembangunan Bandar, M. Venkaiah Naidu mengarahkan pemecatan lelaki tersebut bagi memastikan jabatan tersebut berfungsi dengan baik.

Di India, penjawat awam memang dikenali dengan rekod kehadiran lewat, mengambil masa yang lama ketika makan tengah hari dan menghabiskan banyak masa pada kursus permainan golf.

Pada tahun 2012, satu kajian dari konsultan risiko politik dan ekonomi yang berpengkalan di Hong Kong meletakkan India di kedudukan tercorot bagi tahap birokrasi berbanding semua negara Asia. – MYNEWSHUB.CC

7 Rekaan Sari Yang Trending Di India Pada 2014

https://www.youtube.com/watch?v=F0B1zOP4CX4

Tags: IndiaPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Thailand Kurang Senang Dengan Pelancong India?

Thailand Kurang Senang Dengan Pelancong India?

11/06/2026
0

Oleh Mynewshub BANGKOK – Thailand melaksanakan perubahan besar terhadap dasar kemasukan pelancong asing dengan menamatkan kemudahan visa bebas (visa-free) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd