• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keyakinan itu wajar diberikan kerana BN akan bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus kekal sebagai kuasa dominan dalam pentadbiran negeri sekiranya diberi mandat.

Menurut beliau, BN malah mempunyai rekod panjang mentadbir kerajaan negeri dan Persekutuan, selain telah melakukan pelbagai penambahbaikan sepanjang tempoh pemerintahan.

“Kelemahan sudah pun diperbaiki dan Insya-Allah lebih banyak penambahbaikan dapat dilaksanakan pada penggal akan datang sekiranya rakyat terus memberikan mandat kepada pemimpin BN,” katanya.

Beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang dalam PRN Negeri Sembilan berkata demikian ketika ditemui Mynewshub di sini hari ini.

Mengulas mengenai prestasi parti komponen BN, Jalaluddin berkata, MCA dan MIC kini menunjukkan perkembangan yang positif serta semakin mendapat semula keyakinan masyarakat.

Beliau berkata, sokongan itu bukan sahaja daripada masyarakat Cina dan India, malah turut melibatkan masyarakat Melayu serta Orang Asli.

“Saya yakin kerusi yang ditandingi MCA dan MIC mampu memberi tentangan hebat kepada calon Pakatan Harapan, malah berpotensi memenangi kerusi yang mereka tandingi,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Barisan NasionalBNBukan MelayucinaDatuk Seri Jalaluddin AliasDUN PertangIndiaPengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilanpengundiperikatan nasionalpersefahamanPNPRN Negeri SembilanTidak Perlu Khuatir
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

PN Gagal Tangguh Tindakan Penggantungan RoS

PN Gagal Tangguh Tindakan Penggantungan RoS

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua...

MP Perikatan Nasional Terkejut Abdul Hadi Muncul Di Parlimen – Ismail Salleh

MP Perikatan Nasional Terkejut Abdul Hadi Muncul Di Parlimen – Ismail Salleh

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh memuat naik satu hantaran di media sosial yang menyentuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd