• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adakan Kempen Besar-Besaran Boikot Produk AS

oleh AK-47
08/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERDASARKAN tindakan secara satu pihak yang diambil Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump pada Rabu lalu yang memberi pengiktirafan terhadap status bandar raya Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu kota Israel, satu usaha bersepadu perlu diambil oleh semua pihak.

Ini bagi menandakan penentangan terhadap tindakan yang telah diambil kuasa besar dunia itu. Sudah pasti tindakan Trump itu mengundang perasaan marah dan tidak puas hati ramai pihak.

Ia khususnya dalam kalangan umat Islam dari serata dunia termasuk di Malaysia. Namun rasa luahan perasaan marah serta perasaan rasa tidak puas hati tidak akan bawa isu terbabit ke mana – mana.

Ia perlu disusuli dengan satu tindakkan kekerasan yang boleh digunakan bagi menundukkan kuasa besar dunia itu supaya mereka menarik balik tindakan yang telah diambil mengenai isu berkenaan.

Antara langkah yang dilihat paling efektif yang boleh diambil ialah dengan menjalankan satu kempen boikot besar-besaran peringkat kebangsaan dalam negara kita terhadap beberapa jenis barangan dan perkhidmatan buatan AS.

Ini terutamanya yang mempunyai sangkut paut secara langsung dengan Israel. Bagi menjayakan kempen ini, pihak kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) boleh bantu.

Caranya dengan menyediakan senarai lengkap barangan serta perkhidmatan buatan AS terutamanya produk yang jelas mempunyai kaitan dengan pihak rejim Zionis Israel.

Ini juga supaya mudah bagi rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib dan perjuangan rakyat Palestin untuk mengenal pasti dan melakukan proses boikot tersebut.

Tanpa adanya senarai lengkap terbabit, amat sukar untuk rakyat Malaysia melakukan proses memboikot. Pada masa yang sama, setiap individu rakyat Malaysia juga boleh mengambil tindakkan memboikot secara persendirian.

Ini seperti dengan tidak melancong ke AS serta henti segala proses perdagangan dengan negara itu sehingga kerajaannya khususnya Trump menarik balik pengisytiharan yang telah dibuat mengenai status Baitulmaqdis.

Disediakan oleh:
Dr. Muzaffar Syah Mallow,
Pensyarah Kanan,
Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Boikot Barangan ASIsu Baitulmaqdis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Masjid Al-Alqsa Ditutup Mulai Hari Ini

23/03/2020
0

BAITULMAQDIS - Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan mengeluarkan arahan agar semua semua solat dan perhimpunan di Masjid...

Mustahil Palestin Tanpa Baitulmaqdis – Abbas

29/01/2020
0

RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berkata, mustahil untuk menerima sebuah negara Palestin tanpa Baitulmaqdis dan memberi amaran rakyatnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd