• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelbagai Pihak Hulur Bantuan Pasca Banjir

oleh Ahmad Albab
09/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bencana banjir yang menjejaskan kehidupan ratusan penduduk terutama di Kelantan dan Pahang terus mendapat perhatian banyak syarikat swasta dengan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan untuk mereka.

Baru-baru ini UMW Corporation Sdn. Bhd. (UMW Corporation) tampil menyumbang sebanyak RM938,000 untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang kehilangan harta benda dan tempat tinggal.

“Sumbangan ini dibahagi antara tajaan korporat yang disalurkan melalui Tabung Bantuan Banjir MERCY Malaysia dan sumbangan zakat.

“Kakitangan UMW yang prihatin turut menderma hampir tiga tan makanan berupa beras, makanan dalam tin, biskut, lampin pakai buang dan barang keperluan yang lain. Semua barangan tersebut sudah dihantar ke Kelantan minggu lalu,” kata UMW Corporation dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara Naza World Cares dalam satu kenyataan memaklumkan organisasi itu memberi sumbangan bernilai sebanyak RM400,000 berupa makanan dan barangan keperluan lain untuk membantu mangsa banjir,

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula menghantar seramai 150 sukarelawan terdiri daripada kakitangannya ke Temerloh, Pahang untuk menyertai misi bantuan pasca banjir hari ini.

Misi bantuan itu melibatkan kerja-kerja membersihkan tiga sekolah di Temerloh iaitu Sekolah Rendah Agama At-Taqwa, Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang dan Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bagaimanapun mengingatkan supaya kakitangannya supaya menjalankan kerja sukarelawan itu dengan ikhlas dan bukan sekadar memenuhi keperluan program bantuan semata-mata. – mynewshub.cc

Tags: bantuanmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd