• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iraq Sifat Iktiraf Baitulmaqdis Cetus Konflik Baharu

oleh Ahmad Albab
07/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGHDAD – Iraq mengutuk keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan menyifatkan langkah itu akan meletakkan wilayah berkenaan “di ambang konflik baharu”, lapor agensi berita Xinhua.

“Kerajaan Iraq mengutuk keputusan pentadbiran AS, yang mana akan meletakkan rantau itu bahkan dunia di ambang konflik baharu.

“Langkah itu juga akan mewujudkan suasana tegang dan mendalamkan lagi pelanggaran ke atas negara Palestin yang telah menderita sejak sekian lama,” kata Menteri Luar Iraq, Ibrahim Al-Jafari dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada hari sama, Kementerian Luar Iraq turut mengeluarkan kenyataan mengulangi pendirian serta sokongan Iraq terhadap negara dan rakyat Palestin.

Di Washington pada Rabu, Trump mengumumkan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, dan mengarahkan Jabatan Negara untuk memulakan proses memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke bandar itu.

“Saya yakin sudah tiba masanya untuk mengiktiraf Baitulmaqdis secara rasmi sebagai ibu negara Israel,” katanya sambil menambah yang beliau telah menilai “sebab kepada tindakan itu menjadi kepentingan terbaik AS dan memburu keamanan antara Israel dengan rakyat Palestin.”

“Itu adalah satu langkah lama bagi menggerakkan proses perdamaian dan berusaha untuk mencapai persefahaman yang kekal,” tegasnya selain menganggap pengiktirafan “perlu” untuk mencapai keamanan.

Walaupun Kongres AS meluluskan Akta Kedutaan Jerusalem 1995, yang memerlukan kedutaan AS di Israel dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis , bekas presiden AS, termasuk George W. Bush, Bill Clinton dan Barack Obama, dilihat menangguhkan perkara itu demi kepentingan keselamatan negara.

Status Baitulmuqaddis kekal sebagai satu isu utama dalam konflik Israel-Palestin.

Setakat ini, masyarakat antarabangsa tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan tiada negara asing yang menempatkan kedutaannya di bandar itu. – BERNAMA

Tags: Isu Baitulmaqdis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Masjid Al-Alqsa Ditutup Mulai Hari Ini

23/03/2020
0

BAITULMAQDIS - Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan mengeluarkan arahan agar semua semua solat dan perhimpunan di Masjid...

Mustahil Palestin Tanpa Baitulmaqdis – Abbas

29/01/2020
0

RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berkata, mustahil untuk menerima sebuah negara Palestin tanpa Baitulmaqdis dan memberi amaran rakyatnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd