• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pasangan Kekasih’ Adik Beradik Gantung Diri

oleh AK-47
07/12/2017
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATA orang, restu ibu bapa itu penting bagi menjamin hubungan cinta agar ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan.

Bagaimanapun, bukan semua hubungan cinta boleh direstui oleh kedua-dua ibu bapa.

Itulah yang terjadi kepada satu pasangan kekasih yang juga merupakan adik-beradik tiri, berlainan ibu ini.

Kejadian tragik cinta sesama mahram tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kampung yang terletak di Koreng, Sulawesi, Indonesia.

Rio yang juga abang tiri kepada adik perempuannya yang berusia 14 tahun dipercayai telah menggantungkan diri mereka akibat hubungan ‘cinta’ mereka tidak direstui.

Menurut ibu bapa mangsa, kedua-dua mereka memang rapat sejak kecil kerana pertalian darah yang dimiliki. Namun, keakraban mereka telah membuahkan bibit-bibit cinta apabila berginjak dewasa.

Tidak tahan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan orang kampung, ibu bapa mereka bertindak melarang pemuda berusia 20 tahun itu berjumpa dengan adik tirinya itu.

Mereka beranggapan perkara tersebut dapat melupakan perasaan ‘cinta’ yang timbul. Sebaliknya lain pula yang berlaku apabila kedua-dua remaja berkenaan dijumpai mati tergantung.

Kedua-dua mayat itu telah dijumpai oleh bapa mereka pada jam 8 pagi tadi selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Rio merupakan anak hasil perkahwinan bapanya dengan isteri pertama, manakala remaja perempuan itu merupakan anak hasil perkahwinan bapanya dengan isteri kedua selepas penceraian dengan ibu Rio.

Selepas isteri pertama bapanya meninggal dunia, Rio dilaporkan di bawah jagaan bersama antara bapa dan isteri keduanya.

Disebabkan itu juga, Rio serta adik tirinya semakin rapat. Namun, ibu bapa mereka tidak menyangka keakraban tersebut membuatkan mereka menyimpan perasaan cinta sejak setahun yang lalu. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: adik-beradik tiricinta terhalanggantung diriIndonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd