• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Masalah Bukan Islam Guna Masjid Masa Banjir

oleh
03/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Tiada masalah bagi mangsa banjir yang bukan beragama Islam untuk menggunakan masjid, surau dan sekolah agama sebagai pusat penempatan sementara.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Zainal Abidin Jaffar berkata, mereka boleh menggunakan rumah ibadat Islam itu dengan mengikuti kaedah fiqh yang ditetapkan.

Beliau berkata, pihaknya malahan sedang membangunkan ‘Fiqh Banjir’ yang menerangkan adab dan peraturan di dalam surau dan masjid kepada orang bukan Islam yang menggunakan rumah ibadat itu.

“Silakanlah (guna masjid dan surau sebagai penempatan sementara). Alhamdulillah jawatankuasa (masjid dan surau) tak ada halangan. Begitu juga yang berlaku di Kelantan sekarang.

“Pusat pemindahan mungkin jauh satu atau dua kilometer tapi yang terdekat dan selamat adalah masjid, surau atau sekolah agama. Jadi, sekarang ini kita dah guna pakai untuk yang terdekat.

“Senang, bila air surut mereka senang balik nak tengok rumah. Kadang-kadang dia nak keluar rumah tu susah. Jadi, apabila macam tu kita gunakan yang terdekat… tak ada masalah,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sumbangan Musibah Banjir Kepada Masjid dan Surau negeri Kedah dan Pulau Pinang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Hotel Seri Malaysia, di sini.

Sebanyak 10 masjid dan tiga surau di Kedah dan Pulau Pinang yang terjejas banjir pada 4 November lepas masing-masing menerima wang tunai RM10,000 (masjid) dan RM5,000 (surau) serta 4,000 naskah al-Quran.

Zainal Abidin berkata, ‘Fiqh Banjir’ itu mula diperkenalkan pada kejadian banjir di Pulau Pinang 4 November lepas dan ia turut diguna pakai di Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, beliau berkata, Jakim turut menubuhkan pasukan kaunseling kerohanian untuk membantu menenangkan mangsa-mangsa yang kehilangan harta benda dalam kejadian banjir. – BERNAMA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: BanjirJakim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd