JAKARTA – Tahanan PBB bukan sekadar status, malahan ia adalah nama yang diberikan kepada seorang remaja lelaki yang kini berusia 14 tahun.
Beliau adalah anak kepada pasangan imigran berasal dari Afghanistan yang ditahan di pusat tahanan Rumah Detensi Imigran (Rudenim) Manado.
Tahanan PBB berkata, bapanya memberikan nama ini yang membawa maksud kesatuan bangsa-bangsa sewaktu dia dilahirkan di pusat tahanan PBB berkenaan pada 31 Ogos 2003.
Ibu bapa Tahanan PBB ditahan di kem tersebut bersama-sama dengan 139 lagi imigran lain.
Selain Afghanistan, tahanan lain berasal dari Sudan, Eritrea, Habsyah, Somalia, Pakistan, Syria dan Myanmar. Kebanyakan daripada mereka adalah pencari suaka.

Tahanan PBB yang fasih berbahasa Indonesia dengan dialek Manado ini mempunyai seorang adik yang juga mempunyai nama sepertinya iaitu Tahanan PBB Nomor Dua.
“Dia pun lahir dalam penjara, saya macam saya,” ujarnya kepada portal tempatan kompas.com.
Tahanan PBB berkata, dia mahu menjadi askar apabila tamat pengajiannya nanti.
“Walaupun tidak tahu bagaimana, tapi, saya harap suatu hari nanti ada keadilan untuk saya,” katanya lagi. – mStar Online

