• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Sasar Keluar 28 Juta Biji Kelapa Menjelang 2027

oleh Ahmad Albab
30/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Pahang menyasar untuk mengeluarkan sebanyak 28 juta biji kelapa menjelang tahun 2027 menerusi Pelan Pembangunan Kelapa negeri yang telah dirancang sejak dua tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata pada masa kini Pahang hanya mampu mengeluarkan sebanyak 23 juta biji kelapa yang menampung sebanyak 6.6 peratus daripada keperluan negara.

“Menerusi pelan pembangunan ini, kita akan memperluaskan lagi kawasan penanaman kelapa daripada 6,000 hektar pada masa kini. Selain itu kita juga menggalakkan rakyat di negeri supaya turut menanam kelapa di sekitar rumah mereka, sekurang-kurangnya dapat menampung untuk keperluan keluarga sendiri.

“Langkah ini selaras dengan hasrat kerajaan pusat yang menjadikan buah kelapa sebagai sumber baharu kekayaan negara selain buah nanas dan kerajaan pusat sendiri telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk tambahan kepada industri (kelapa) ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Tanaman Kelapa Keliling Rumah dan Karnival Tani Peringkat Negeri Pahang di Padang Awam Felda Chemomoi yang disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian negeri Mohd Yusoff Sadi Sutan.

Pada majlis itu Adnan turut menyampaikan lebih 10,000 anak pokok kepada penduduk sekitar dan wakil-wakil daerah di negeri ini.

Mengulas lanjut, Shafik berkata setiap seorang rakyat Malaysia dianggarkan menggunakan sehingga 20 biji kelapa setahun dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 22 biji setahun dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Kita dapati, kelapa mempunyai prospek yang luas dan mampu memberi pulangan yang lumayan kepada mereka yang mengusahakannya secara komersil kerana keperluannya yang setiap tahun semakin meningkat.

“Pada masa kini negara terpaksa bergantung dengan kelapa import daripada dari Vietnam, Thailand dan Indonesia bagi menampung keperluan,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau turut menggalakkan petani dan pengusaha ladang kelapa supaya tidak hanya tertumpu kepada penanaman Kelapa Matag semata-mata, tetapi turut mempelbagaikannya kepada spesies lain termasuk Kelapa Rendah Merah Malaya, Kelapa Rendah Kuning Malaya dan Kelapa Pandan. – BERNAMA

Tags: kelapa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

13/10/2024
0

KOTA BHARU - Polis menumpaskan kegiatan penyeludupan sebanyak 41,000 kilogram (kg) kelapa yang dianggarkan bernilai RM205,000 selepas menahan sebuah treler...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd