• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usahawan Tempatan Perlu Kuasai Ekonomi Digital

oleh Ahmad Albab
25/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Usahawan tempatan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu terus menguasai ekonomi digital yang merupakan kuasa baharu dalam penjanaan ekonomi dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata para usahawan jangan hanya menjadi pemerhati, sebaliknya perlu menggunakan ekonomi digital sebagai peluang perniagaan.

“Ekonomi digital di China semakin besar dan gedung-gedung perniagaan (di China) juga semakin lengang kerana ekonomi digital berlaku.

“(Di China) pembayaran tidak menggunakan tunai, tidak guna kad kredit, tidak guna sistem perbankan konvesional, malah menggunakan telefon pintar. Pesanan barangan juga dibuat menggunakan telefon pintar, jadi keadaan ini pasti akan datang ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Jualan Mega 2017 di Bulatan Amanjaya di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ahmad Zahid berkata usahawan tempatan perlu bersiap siaga menghadapi keadaan itu dengan mengambil peluang perniagaan dalam talian menerusi Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang diwujudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya DFTZ merupakan persediaan untuk memudahkan perdagangan melangkaui sempadan dengan lancar dan membolehkan perniaga tempatan mengeksport barangan mereka dengan menjadikan e-dagang sebagai keutamaan.

“Ini merupakan revolusi perindustrian keempat, yang kita tidak boleh tahan daripada berlaku dan ekonomi digital tidak boleh dielakkan. Oleh itu, peniaga harus menerima hakikat dan mengambilnya sebagai satu cabaran baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata syarikat antarabangsa perlu bekerjasama dengan syarikat tempatan agar produk yang dihasilkan oleh usahawan tempatan boleh dijual kepada syarikat multinasional.

“Menerusi kerjasama itu mereka (syarikat antarabangsa) dan vendor tempatan akan untung sekali gus ekonomi negara kita akan berkembang pesat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd