• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Untung RM10 Bilion Suku Ke-3 2017

oleh
24/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUKUH… Konglomerat minyak negara, Petronas terus mengukuhkan kewangan setelah mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM10 bilion bagi suku ketiga berakhir 30 September 2017.

Ini berbanding hanya RM6.1 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya, dedah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dalam satu kenyataan di ibu negara semalam.

Beliau seterusnya berkata bahawa keuntungan lebih kukuh dicatat syarikat berkenaan terutamanya disebabkan oleh perolehan yang tinggi dan menurunkan kemerosotan nilai pada aset dan kos dengan baik.

Kata Wan Zulkiflee, pencapaian itu sebahagiannya turut diimbangi oleh perbelanjaan cukai lebih tinggi, kos pelunasan hartanah minyak dan gas serta produk.

“Perolehan Petronas pada suku ketiga berjumlah RM53.7 bilion, meningkat 14 peratus berbanding RM47.01 bilion pada suku sama tahun lepas didorong oleh harga purata produk utama dan kesan kadar pertukaran asing.

“Kumpulan kekal komited untuk meningkatkan kecekapan operasi keseluruhannya dan akan terus memberi tumpuan kepada inisiatif transformasi yang telah memberi hasil ketara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Wan Zulkiflee, syarikat minyak negara itu merancang meningkatkan usaha untuk mengambil peluang daripada pemulihan harga minyak agar Petronas mengakhiri tahun ini dengan kukuh.

Jelas beliau, pelaburan modal pada suku tersebut berjumlah RM12.5 bilion terutama untuk projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor.

Tambahnya, bagi tempoh kumulatif berakhir 30 September 2017, keuntungan terkumpul Petronas berada pada RM27.3 bilion berbanding RM12.5 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, terutama disebabkan susut nilai bersih dan kos telaga minyak yang lebih rendah.

Pendapatan pada tempoh tersebut berada pada RM161.8 bilion berbanding RM140.7 bilion sebelum ini, terutama disebabkan purata harga direalisasi lebih tinggi serta kesan kadar pertukaran asing, katanya.

“Berikutan pemulihan sederhana harga minyak dan usaha berterusan menambah baik kecekapan, Petronas menjangka keseluruhan prestasi akhir tahun kumpulan akan lebih baik daripada tahun lepas,” katanya lagi.

Wan Zulkiflee berkata, jumlah pengeluaran ialah 2.29 juta tong minyak bersamaan (BOE) sehari berbanding 2.33 juta BOE sehari dalam tempoh sama setahun sebelumnya.

Namun, jumlah aset merosot kepada RM600.3 bilion setakat 30 September 2017 berbanding RM603.4 bilion pada 31 Disember 2016 disebabkan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: petronas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd