• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon UPSR Orang Asli Tekad Untuk Belajar

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – “Eng hol nu skulah mesti blaja” (saya datang sekolah mesti belajar), itu tekad seorang murid tahun enam Orang Asli di sebuah sekolah di Perkampungan Orang Asli dekat sini yang mencatat keputusan membanggakan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Zaimun Bah Samad, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Musoh LZ (Landing Zone) juga merupakan satu-satunya murid tahun enam dari sekolah itu yang memperoleh keputusan lulus dalam semua mata pelajaran daripada kesemua tujuh calon UPSR 2017 di sekolahnya.

Malah pelajar daripada suku kaum Semai itu juga aktif dalam kegiatan kokurikulum iaitu sukan lontar peluru sejak tahun empat sehingga terpilih mewakili Perak dalam Kejohanan Sukan Sekolah Murid-murid Orang Asli peringkat kebangsaan di Kelantan tahun ini.

“Rugilah kalau saya hanya datang main-main di sekolah. Saya mahu belajar rajin sebab mahu jadi macam abang-abang saya dan kerja di luar sana,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolahnya hari ini.

SK Pos Musoh LZ mempunyai 52 murid Orang Asli dan jarak antara sekolah itu dengan Pekan Tapah adalah kira-kira 40 kilometer sehala dan hanya boleh dilalui dengan menggunakan kenderaan pacuan empat.

Zaimun berkata biarpun hanya sekadar mencatat keputusan 2A (penulisan dan pemahaman Bahasa Melayu) dan 1B (Sains), 2C (pemahaman Bahasa Inggeris dan Matematik) serta 1D (penulisan Bahasa Inggeris), dia telah cuba melakukan yang terbaik dan paling penting sekali lulus semua mata pelajaran.

“Tapi saya sedikit terkilan kerana saya sasar 3A. Tapi guru kelas saya tadi beritahu apa pun keputusannya adalah keputusan yang lebih baik di masa depan, asalkan jangan putus asa,” katanya.

Sementara itu, ayahnya Bah Samad Bah Dong, 43 dan ibunya Wak Perk Bakar, 42, ketika ditemui menyifatkan anak keempat daripada enam beradik itu, suka mengulangkaji pelajaran dan pandai membahagikan masa.

“Saya lagi suka dia habiskan masa dengan belajar. Abang ketiganya masa UPSR sebelum ini juga dapat 2A dan saya hantar dia duduk asrama dan kini belajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tapah,” kata Bah Samad.

Sementara itu, guru besar sekolah Azman Abdul Manaf, 50, berkata biarpun Zaimun hanya mendapat keputusan 2A dan semua lulus, pencapaiannya sudah dikira baik bagi kalangan murid Orang Asli.

“Zaimun mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan seorang yang cepat pick up (belajar). Enam lagi rakannya kurang bernasib baik di mana semua mereka gagal satu mata pelajaran sama ada dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris ataupun Matematik sahaja,” katanya. – BERNAMA

Tags: Calon UPSROrang Asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd