• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, January 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Nafi Harga Ikan, Sayur Naik Sehingga 300%

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menafikan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa berlaku kenaikan sehingga 300 peratus harga ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan berikutan musim hujan sejak kebelakangan ini.

Pengerusinya Tan Sri Badruddin Amiruldin, sebaliknya berkata harga barangan keperluan tersebut hanya mengalami kenaikan 120 peratus ekoran masalah logistik dan stor simpanan bekalan makanan yang rosak akibat dimasuki air banjir.

“Dari segi bekalan, ia bukan datang dari Pulau Pinang sahaja tetapi dari negeri lain seperti Perak dan Selangor, jadi tidak timbul isu harga naik sehingga 300 peratus.

“Sekiranya benar sekali pun, ia hanya sementara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Keusahawanan Peruncitan FAMA Zon Utara di sini, hari ini.

Isnin lepas, Presiden CAP S.M Mohamed Idris dalam satu kenyataan, berkata harga barangan keperluan tersebut mengalami kenaikan sehingga 300 peratus dalam tempoh seminggu bermula 15 Nov berikutan musim hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sementara itu, Badruddin berkata pihaknya memberi jaminan tidak akan berlaku masalah bekalan bahan mentah di pasar belian atau outlet di bawah agensi berkenaan.

Beliau berkata ini kerana, FAMA memiliki Skim Stok Simpanan Bekalan Makanan (SSSBM) yang akan memastikan semua bekalan cukup untuk dihantar ke lebih 2,000 outlet FAMA di seluruh negara.

“Melalui skim ini juga, harga barangan dijual dengan lebih murah antara lima dan 20 peratus bagi memastikan pengguna dapat membeli barangan keperluan dengan harga rendah berbanding harga di pasaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMATan Sri Badruddin Amiruldin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd