• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis OKU Maut Dirogol Sehingga Keluar Najis

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TRAGIK… Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) iaitu cacat pekak dan bisu dilaporkan maut dipercayai akibat dirogol berkali-kali pada 18 November lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Utami Dwi ditemui terbaring tanpa pakaian di dalam tandas rumahnya yang terletak di Sedayu, Yogjakarta, Indonesia.

Mangsa yang berumur 24 tahun berkenaan ditemui oleh kakaknya, Eka yang tinggal berdekatan dengan rumah yang diduduki mangsa serta rakannya.

Menurut Eka, dia pergi ke rumah adiknya itu selepas mendapati Utami tidak keluar dari rumah sejak pagi.

Namun, Eka terkejut apabila mendapati keadaan adiknya yang tidak berpakaian dan terbaring di tandas rumah tersebut.

Laporan polis sudahpun dibuat dan mereka mendapati kesan lebam dan luka memenuhi badan mangsa. Mangsa dipercayai telah dirogol berkali-kali sebelum dicekik sehingga meninggal dunia.

Pemeriksaan turut menemukan najis dan darah di dubur mangsa.

Menurut pihak polis, kemungkinan besar rumah Utami dirompak kerana mereka mendapati sejumlah wang dan barang kemas seberat lima gram milik mangsa hilang.

Dalam pada itu, kakaknya menceritakan yang dia sudah mengajak Utami untuk tidur di rumahnya pada malam sebelum kejadian kerana tidak sedap hati.

Namun, pelawaan itu ditolak Utami dengan alasan mangsa bekerja sehingga lewat malam.

Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan tetapi pihak polis mempercayai dalang kes ini lebih daripada seorang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dirogolIndonesiaOKU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd