• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agenda Perangi Dadah Antara Aspirasi TN50

oleh Ahmad Albab
22/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Agenda memerangi dadah adalah antara aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi mewujudkan persekitaran yang lebih terjamin, persidangan Dewan rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata dapatan awal kajian kluster keselamatan TN50 yang dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menunjukkan empat peratus daripada 5,000 responden menyatakan hasrat untuk membanteras dadah menjelang 2050.

“KDN melalui Agensi Antidadah Negara (AADK) merangka pelan strategik pelaksanaan Dasar Dadah Negara bagi memastikan ia dilaksanakan secara komprehensif,” katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti) mengenai dasar kerajaan memerangi dadah dan sama ada agenda menghapus dadah dimasukkan dalam TN50.

Masir berkata Dasar Dadah Negara itu mempunyai lima teras utama iaitu pencegahan, rawatan dan pemulihan, penguatkuasaan, kerjasama antarabangsa dan pengurangan kemudaratan.

Katanya kementerian juga menyediakan pelan komunikasi Dasar Dadah Negara dalam menyampaikan maklumat kepada agensi terlibat untuk memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Masir berkata pelbagai program pendidikan kepada komuniti turut diadakan oleh AADK dan badan bukan kerajaan mengenai bahaya dadah, selain modul integrasi di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Seramai 702,319 orang ditangkap berkaitan kesalahan dadah dari 2014 hingga Oktober 2017, katanya. – BERNAMA

Tags: TN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TN50 Buatkan Anak Muda Rasa Lebih Dihargai

06/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mengangkat suara serta aspirasi anak muda membuatkan mereka rasa lebih dihargai dan...

125,000 Penghafaz Al-Quran Dilahirkan Di Bawah TN50

31/03/2018
0

KOTA BHARU - Sejumlah 125,000 penghafaz al-Quran dijangka dilahirkan di bawah program Tranformasi Nasional 50 (TN50) menerusi Dasar Pendidikan Tahfiz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd