• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setarakan Gred Pentadbir Sekolah Dibawa Ke Kabinet

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Cadangan agar gred jawatan pentadbir-pentadbir di sekolah rendah khususnya guru besar dan penolong kanan disetarakan dengan kumpulan sama di sekolah menengah akan dibawa ke mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata tuntutan daripada Majlis Guru Besar Negeri Perak itu perlu diberi perhatian sebagai mengiktiraf profesion perguruan.

“Permintaan ini perlu dilihat secara rasional dan untuk itu saya akan bawa ke mesyuarat Kabinet Jumaat ini,” katanya ketika berucap pada perasmian Konvensyen Perdana dan Persidangan Perwakilan Majlis Guru Besar Negeri Perak kali ke-30/2017 di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas permintaan Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Perak, Rustam Affandy Abdul Aziz supaya gred jawatan pentadbir-pentadbir di sekolah rendah disetarakan dengan sekolah menengah iaitu Gred DG52 bagi guru besar dan DG48 untuk penolong kanan.

Ketika ini, gred hakiki guru besar sekolah rendah iailah DG34 dan gred hakiki guru penolong kanan ialah DG32.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata pengetua dan guru besar merupakan institusi kepimpinan penting dalam sektor pendidikan terutama bagi memastikan sesebuah sekolah dapat diurus tadbir dengan baik.

“Sekolah, cikgu mana pun harus diberi kepedulian dan diurus dengan metodologi yang baik. Kepedulian ini penting kerana jika tidak, sekolah akan menjadi institusi yang tidak betul bentuknya,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dalam ucapannya berkata kerajaan negeri telah melancarkan pelbagai program pendidikan antaranya Program Anak Angkat khusus untuk sekolah yang mempunyai keputusan peperiksaan kurang memuaskan.

“Ini kerana kita perlu membina keyakinan dan jati diri pelajar itu dan didik mereka supaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

“Walaupun bidang pendidikan di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan, tetapi demi memastikan anak-anak kita berjaya, kita mengadakan pelbagai program supaya mereka berjaya dalam pelajaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd