• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKT Sedia Kaji Isu Lambakan Hartanah – Noh

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar (KPKT) bersedia mengkaji isu lambakan hartanah khususnya unit kediaman yang tidak terjual bagi mencari penyelesaian kepada masalah berkenaan.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata langkah tersebut dilihat dapat mengenal pasti isu-isu berkaitan perumahan termasuk ketidaksepadanan penawaran dan permintaan rumah mengikut pasaran.

“Kementerian sedia mengkaji isu ini dengan semua pihak seperti Pusat Maklumat Hartanah Negara, Kementerian Kewangan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Bank Negara dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata kira-kira 83 peratus unit rumah yang tidak terjual adalah rumah berharga RM250,000 hingga melebihi RM1 juta dan kebanyakannya adalah rumah bertingkat strata berharga melebihi RM250,000.

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan cadangan agar pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarelawan yang ketika ini di bawah bidang kuasa Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), didaftarkan di bawah KPKT bagi memudahkan pertubuhan itu dikawal selia

Katanya kementerian tidak bercadang untuk mengambil alih aset pertubuhan sukarelawan tersebut.

“Isu ini sudah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu. Bukan kita nak ambil aset mereka. Hanya pendaftaran sahaja, sama sahaja sekarang ini mereka berdaftar dengan RoS. Mereka masih mempunyai kebebasan seperti hari ini untuk menjalankan aktiviti.

“Kita akan dapat memperkukuhkan pentadbiran kawal selia pasukan bomba ini. Lebih mudah untuk kita memastikan pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarelawan menjalankan program-program mereka seperti yang dirancang,” katanya.

Dalam pada itu, Noh berkata antara cabaran yang dihadapi kementerian tersebut dalam usaha mewujudkan lebih banyak balai bomba di seluruh negara ialah mendapatkan tapak kerana terdapat kerajaan negeri yang mengenakan premium yang tinggi seperti di Selangor.

“Harga lebih mahal daripada pembangunan (balai bomba). Kita buat untuk kepentingan rakyat tetapi Selangor ambil kesempatan. Harga premium yang dikenakan tinggi ibarat lebih mahal tali daripada lembu,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPKTNoh Omar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan bahawa perbuatan membuang sampah merata-rata bukan sahaja mencemarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd